Orang Tua Asyik Sebut 'Darah Manis'. Apa Benda Tu? Ini 8 Pantang Larang Buat Si Darah Manis.

Oleh: Rafi

Pantang larang sering dikaitkan dengan kepercayaan. Namun harus diingatkan, pantang larang ini jauh sekali dengan pengaruh mistik mahupun perkara-perkara syirik. Pantang larang ini hanyalah kepercayaan orang-orang terdahulu seperti nenek moyang kita. Kebiasaannya, pantang larang ini dipengaruhi oleh budaya dan sering diamalkan sehingga ke hari ini. Jom kita lihat perkara dan pantang larang buat bakal pengantin.



1. Jangan keluar dengan pasangan sebelum bernikah.
Dinasihatkan supaya tidak keluar bersama pasangan 40 hari sebelum dinikahkan kerana bagi mengelakkan kata-kata tomahan masyarakat. Lebih-lebih lagi ini kerana bagi tujuan mengawal nafsu masing-masing. Biarkan perasaan rindu lebih membuak-buak dan bertambah. Jadi, bila hari bahagia kunjung tiba, anda akan berasa begitu teruja untuk berjumpa si kekasih hati.

2. Jangan mandi malam.

Pakar kesihatan juga menyatakan bahawasanya mandi pada waktu malam juga merupakan amalan yang tidak sihat. Jam 10 dan ke atas sudah dikira lewat apatah lagi jika anda memilih untuk mandi jam 2-3 pagi. Hal ini kerana mandi malam/awal pagi dipercayai tidak elok untuk sendi dan juga dalaman.



3. Elak makanan dan minuman yang sejuk.

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan dan minuman yang sejuk? Contohnya adalah seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa. Ini antara makanan dan minuman yang bersifat sejuk. Jadi elakkan pengambilan makanan dan minuman ini lebih-lebih lagi jika hari bahagia bakal tiba anda agar muka anda tampak segar dan berseri.

4. Mengamalkan pengambilan jamu.

Untuk bakal pengantin di luar sana, adalah digalakkan anda untuk mengamalkan pengambilan jamu dari awal. Ini untuk kesihatan dalaman dan juga untuk menambahkan kehangatan malam pertama anda.

5. Kurangkan makan makanan laut.

Walaupun makanan laut tidak dapat ditandingi kesedapannya seperti ketam, udang, lala, sotong, dan lain lain lagi. Namun begitu, harus diingatkan bahawa makanan laut ini mengandungi kandungan toksid yang tinggi. Oleh itu hadkan pengambilan makanan laut supaya tubuh badan sentiasa sihat dan kuat.



6. Jangan makan kepala ayam.

Masih ada ke di luar sana yang makan kepala ayam? Bakal pengantin di luar sana dinasihatkan untuk berhenti makan kepala ayam menjelang hari bahagia anda. Ini kerana kepala ayam akan membuatkan anda mengantuk. Ini akan mendatangakan masalah saat anda berarak dan bersanding, anda akan berasa letih dan mengantuk.

7. Jangan memakai seluar dalam yang ketat.

Terutamanya bagi kaum lelaki, anda dinasihatkan supaya tidak memakai seluar dalam yang ketat kerana tidak bagus untuk sperm dalaman anda. Selain itu tidur meniarap juga tidak bagus kerana boleh menyebabkan peredaran darah sekitar organ anda terganggu.

8. Jangan berembun dan keluar malam.

Hal ini bagi mengelakkan perkara tidak baik berlaku kepada bakal pengantin. Perkara yang dimaksudkan adalah seperti kes jenayah yang sukar untuk kita jangkakan. Bagi bakal mempelai wanita, anda dinasihatkan agar sentiasa menjaga diri dan seintiasa berwaspada. Perkara-perkara yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila sahaja. Sekiranya mempunyai urusan di waktu malam, minta bantuan dari kaum keluarga dan sahabat anda untuk menemani anda pada waktu malam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen