Lelaki Suka Apabila Wanita Menjadi Pendengar Setia, Jom Baca 6 Perhatian Si Lelaki Perlukan.

Lelaki juga sudah tentu memerlukan perhatian daripada teman wanita atau isteri mereka. Jom ketahui antara perhatian yang wanita perlu berikan pada lelaki…

1. Pendengar setia.

Salah satu perhatian yang lelaki perlukan adalah seorang wanita yang boleh menjadi pendengar setia dan mampu mendengar semua hal yang dilaluinya setiap masa. Jika harapkan muka cantik dan suka melawa 24 jam tetapi tidak mahu mendengar masalah lelaki, mungkin akan menjadi punca lelaki melarikan diri mencari wanita lain yang lebih memahami.



2. Bijak memuji.

Wanita jangan pula suka sangat memerintah lelaki untuk membuat segala tugasan tanpa berterima kasih. Jangan jadikan teman lelaki atau suami anda menjadi kuli untuk membuat kerja yang anda tidak mampu laksanakan. Berilah mereka kata-kata pujian untuk menghargai mereka.



3. Menjadi penyokong tegar.

Lelaki akan rasa dihormati, disayangi dan dihargai jika wanita kesayangan mereka menyokong dalam segala hal yang dilakukan. Jadi lah penyokong mahu pun peminat nombor satu si lelaki dari segi hal kerjaya mahupun impian dan cita-cita. Berilah mereka kata-kata semangat ketika orang lain mahu menjatuhkan si dia.

Tentu akan sentiasa dicintai…

4. Menyediakan makanan.

Bagi pasangan yang telah berkahwin, wanita perlu menyediakan makanan untuk si suami. Ya, balik selepas waktu kerja amat memenatkan, tidak salah anda bertanya pada si suami, bolehkah anda masak makanan yang simple? Atau hanya menolong menyediakan bahan masakan?

Masak bersama-sama di dapur dapat mengeratkan lagi hubungan kalian berdua.



5. Berhias.

Apabila anda mahu mengambil perhatian lelaki, jangan lupa berhias untuk menaikkan seri muka. Jika sewaktu awal perkenalan anda rajin bersolek sakan hanya untuk mengorat si lelaki, mengapa apabila sudah lama berkenalan, muka seperti mayat hidup?

Jangan lupa, jika anda suka lelaki yang kacak, lelaki juga suka pada kecantikkan wanita.

6. Hanya memandang mereka sahaja.

Sama seperti wanita, lelaki juga inginkan wanita memandang dirinya sahaja. Apalagi jika anda memandanganya dengan tatapan yang memuja di saat dia sedang berbicara dengan anda. Hal itu akan membuat lelaki merasa diinginkan dan dicintai oleh pasangannya.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen