Cara-Cara Tampil Lebih Yakin Apabila Berhadapan Dengan Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, sememangnya tidak akan pernah lari dari rasa malu dan kurang berkeyakinan apabila berhadapan dengan lelaki. Terutama jika lelaki itu adalah salah seorang yang penah diminati, maka akan timbullah rasa rendah diri, kurang keyakinan terhadap diri sendiri dan malu. Malu itu sememangnya penting dalam keperibadian seorang wanita, tetapi malu yang ada itu perlulah ada batasnya. Jangan rasa malu itu yang akan memakan diri sendiri. Jadi bagaimana untuk tampil lebih berkeyakinan apabila malu lebih menguasai. Mari ikuti caranya untuk tampil lebih yakin apabila berhadapan dengan lelaki yang anda sukai.



1. Senaraikan kekuatan anda.

Perkara utama dan asas yang perlu anda lakukan adalah menyenaraikan kekuatan yang anda ada. Anda perlu mengenal pasti segala kelebihan dan kelemahan anda apabila berhadapan dengan lelaki. Senaraikan sebanyak yang boleh agar anda boleh menggunakannya apabila berhadapan dengan orang ramai. Bukan itu sahaja, kelebihan yang anda miliki itu juga akan membuat anda sedikit terasa bangga akan diri anda.

2. Memakai pakaian bersesuaian.

Cara berpakaian juga akan memainkan peranan dalam tampil lebih yakin. Jadi pemilihan warna yang menarik dan bersesuaian dengan kulit anda teramatlah penting. Bukan itu sahaja, pemadanan warna baju dan tudung juga anda harus bijak memilih. Jangan pemilihan gaya pemakaian dan warna akan menimbulkan rasa kurang yakin dalam diri anda. Namun begitu, keselesaan diri anda adalah lebih utama.

3. Pastikan anda berada di zon yang selesa.

Apabila hendak memulakan perbicaraan atau perbualan dengan seseorang anda perlu berada dalam keadaan yang selesa agar anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam perbualan itu. Maka dengan itu, pastikan anda sentiasa berada dalam zon yang selesa.


4. Berfikiran negatif.

Sifat positif dan membuang segala pemikiran yang negatif ini akan membantu seseorang itu tampil lebih berkeyakinan. Hal ini kerana pemikiran biasanya adalah gangguan utama bagi seseorang itu untuk tampil lebih yakin. Sentiasa positifkan diri anda agar kelihatan sentiasa berkeyakinan walaupun di khalayak ramai.

5. Percaya pada diri sendiri.

Apa yang paling penting untuk tampil lebih yakin adalah anda percaya akan diri anda sendiri. Anda percaya bahawa diri anda mampu lakukan walaupun terdapat pelbagai perkara yang menghalang. Kepercayaan itu penting untuk membina keyakinan diri.

Jangan pernah rasa tidak yakin apabila anda berhadapan dengan lelaki. Hal ini kerana, keyakinan itu adalah tarikan utama yang dimiliki seorang wanita yang mampu membuat lelaki tertarik. Anda mampu membina keyakinan yang luar biasa apabila anda tahu cara untuk menanganinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen