Apa Yang Lelaki Perlu Lakukan, Sekiranya Anda Telah Jatuh Cinta?

Lelaki apabila telah dilamun cinta, pasti ada 2 buah fikiran yang berlegar-legar di minda. Sama ada mahu meneruskan hubungan menjadi lebih serius dan memikir tentang perkahwinan atau tidak bersedia menempuh hubungan tersebut, itu sahaja.

Tetapi jika anda telah meletakkan matlamat untuk menjadikan wanita itu sebagai teman hidup, jadi apa yang anda perlu lakukan? Jom baca…



1. Mula mencipta kenangan bersama si dia.

Sebagai lelaki sudah tentu anda mahukan proses perkenalan menjadi sebuah kenangan yang indah, supaya ia tidak nampak terburu-buru dan menakutkan wanita. Lelaki mula fokus mengorak langkah untuk mengorat, mengambil perhatian malah bijak mengambil hati pasangan.

Momen-momen ini untuk membuatkan wanita tahu, anda bersungguh-sungguh mahukan dirinya dan tiada yang lain.

2. Cuba meluahkan perasaan.

Ingat meluahkan perasaan bagaimana si dia mampu melengkapkan hari-hari anda, mengungkapkan kata cinta, tetapi jangan pula menabur janji-janji manis yang anda sendiri tidak pasti untuk lakukan. Renung mata si dia, yakinkan si dia bahawa anda benar-benar jatuh cinta padanya.



3. Keyakinan diri yang tinggi.

Apabila anda telah mencurahkan segala perasaan pada si dia, anda perlu ingat wanita ini perasaannya fragile setiap masa kerana kitaran hormon. Jika anda tiba-tiba menjadi ragu-ragu, dan secara tiba-tiba terfikir luahan perasaan hari sebelumnya …

“Eh, betul ke aku luahkan perasaan pada orang yang betul?”

Jangan! Kebiasaan di dalam perhubungan, perasaan ini akan terdetik kerana emosi wanita yang tidak stabil sahaja. Menjadi lelaki gentleman, anda perlu yakin dan mampu menjaga si dia walaupun mereka gagal mengawal emosi.



4. Bertenang.

Apabila wanita beremosi, mereka lebih cenderung banyak berkata-kata dan menceritakan tentang masalah hidup. Sebagai lelaki anda perlu bertenang, bersabar dan menarik nafas yang dalam, kerana wanita akan TERTINGGIKAN suara mereka untuk melepaskan amarah.

Mereka tidak sedar akan perilaku ini, kerana mereka gagal mengawal emosi. Jangan pula anda berfikir wanita ini sedang memarahi anda, bukan ya! Mereka kadang-kala jika meluahkan perasaan, agak drama sebenarnya.

Selamat menghadapi alam percintaan!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen