Jangan Berlagak Bujang, Jika Sudah Punya Pasangan. Elakkan 7 Tabiat Buruk Ini!

Apabila berlakunya sesuatu masalah di dalam hubungan cinta, pasti perasaan berbunga-bunga itu semakin pudar. Anda menjadi semakin runsing sehinggakan mudah membuat keputusan untuk melarikan diri kerana tidak mahu melayan kerenah pasangan masing-masing.



7 tabiat buruk ini anda perlu elakkan supaya hubungan tidak retak seribu..

1. Berlagak Bujang.

Masalah utama dalam hubungan, jika diambang keretakan adalah mudah memberi kata-kata manis pada orang ketiga. Anda mula mengatakan anda masih bujang dan mencari pasangan hidup, padahal anda sudah pun bertunang atau berkahwin. Jangan berlagak bujang okay!



2. Seperti kurang kasih sayang.

Anda seolah-olah kurang kasih sayang yang hanya mahu berkepit dengan pasangn 24 jam. Terlalu bergantung harap dan terlalu menagih kasih sayang daripada pasangan, akan membuatkan pasangan rimas dan melarikan diri.

3. Sering memerli pasangan.

Berlakunya pertelingkahan adalah pencetus salah seorang untuk mengungkit kisah silam lalu memperlekehkan, memperkecilkan dan memerli pasangan. Anda sudah lagi tidak menghormati pasangan seperti ketika di awal perkenalan atau perkahwinan.

Jika bergurau senda pun, elakkan daripada memerli pasangan daripada mereka terkilan dan sakit hati.



4. Terlalu emosi.

Terlalu sensitif dan kurang berkeyakinan akan membuatkan pasangan akan ragu-ragu pada anda. Apabila anda terlalu emosi dan gagal mengawalnya, ia akan cenderung membuat anda merasa curiga dan cemburu yang terlampau.

5. Tiada minat dan hobi lain.

Anda terlalu terikat dengan hobi pasangan, seolah-olah anda tidak mempunyai hobi sendiri untuk dikongsi bersama pasangan. Ia sama juga seperti berkepit dengan pasangan 24 jam, kadang-kala anda perlu juga meluangkan masa dengan sahabat yang mempunyai hobi yang sama supaya anda mempunyai banyak cerita boleh dikongsikan.

Tidak lah sesuatu hubungan itu menjadi hambar.



6. Tidak jujur.

Apabila hubungan telah lama dijalinkan, salah seorang akan cenderung untuk menipu kerana sudah bosan dengan hubungan yang ‘mati’. Bermaksud, tiada lagi percikan cinta di dalam hubungan tersebut. Lalu anda akan berlaku curang kerana pasangan sudah tidak cantik contohnya.

7. Kuat membebel.

Bebelan seseorang mampu menjadi toksik apabila ia berlaku tanpa komunikasi dua hala. Jika wanita membebel, dan lelaki hanya membuat tidak tahu akan membuatkan hubungan musnah di tengah jalan. Jika wanita membebel, si lelaki harus lah memikirkan jalan penyelesaian dan memberi solusi setiap bebelan tersebut, bukan melarikan diri ya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen