Tips Supaya Tidak Bertengkar Hingga Bercerai Dengan Pasangan Untuk Balik Raya.

Raya sudah semakin hampir tiba, sudah tentu pasangan yang telah berkahwin akan berbincang untuk balik ke rumah siapa dahulu. Jika perbincangan tersebut diakhiri dengan kata putus yang positif dan dua-dua pihak berpuas hati, itu adalah yang terbaik.



Bagaimana pula pasangan yang berbincang diakhiri dengan pertelingkahan sehingga merajuk berhari-hari? Musim perayaan sudah tentu kita mahu hubungan yang baik antara sesama manusia, tetapi bagaimana pula jika tiba-tiba perceraian yang anda fikirkan? Sudah tentu masalah ini menjadi lebih parah..

Jadi..

1. Jangan mengambil keputusan yang drastik.

Ketika emosi yang tidak stabil, sudah tentu kita tidak dapat berfikir dengan tenang dan mahu membuat keputusan secara terburu-buru. Kebanyakan ia terjadi pada wanita kerana gagal mengawal emosi..

“Dah la, lebih baik saya balik rumah mak saya, awak balik je lah rumah mak awak”

Dan wanita bingkas bangun, menyiapkan semua barang dan keluar daripada rumah. Sebelum menjadi isteri derhaka, sebelum menaikkan nada suara dan melangkah kaki ke luar rumah, fikir dahulu sebelum bertindak, khuatir anda akan menyesal..



2. Jangan meluahkan perasaan pada pihak ketiga.

Jika pertelingkahan rumah tangga berlaku, sudah tentu ia terlalu peribadi untuk dijaja cerita pada pihak ketiga. Tanamkan sikap malu anda untuk tidak berceritakan pada saudara mara, ipar duai, adik-beradik, mahu pun sahabat baik.

Jika tidak berpuas hati, pastikan anda dan pasangan sahaja yang tahu.

3. Tenangkan fikiran.

Alam perkahwinan tidak semudah dan seindah yang kita fikirkan. Kerana itu pentingnya ilmu kekeluargaan dan salah satunya pelajari untuk berlapang dada dan menenangkan fikiran. Jangan lawan dan menaikkan nada suara, jika pasangan sudah menunjukkan tanda-tanda tersebut. Cuba lah menjadi air pada si api.



4. Berdoa pada Allah SWT.

Solat dan berdoa. Pasti pasangan akan sejuk hati melihat anda melakukan sedemikian.

5. Jangan membiarkan isu berlarutan.

Jadi, jangan lah membiarkan pasangan merajuk berhari-hari sehingga langsung tidak bertegur sapa. Isu pula semakin berlarutan tanpa penyelesaian. Bincang dengan seeloknya dan berlaku adil pada pasangan. Jangan terlalu pentingkan diri untuk balik rumah ibu bapa anda sahaja. Masing-masing masih lagi memiliki keluarga yang tercinta.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen