Wanita Jangan Percaya 6 Mitos Tentang Lelaki Ini, Kerana Ia Tidak Benar.

Terlalu banyak mitos tentang lelaki, yang kadang-kala mengelirukan kaum wanita. Dengan teknologi yang semakin berkembang, membuatkan kaum wanita mudah terpengaruh dengan segala info di sosial media. Tidak tahu mana yang benar atau pun tidak, mereka gemar untuk menyebarkan perkara tersebut.



Mitos seperti..

1. Lelaki tidak gemar meluahkan perasaan.

Setiap manusia tidak boleh jika tidak meluahkan perasaan termasuklah lelaki. Cuma lelaki merasakan ia bukan lah perkara penting untuk diluah atau dihebah seperti yang sering dilakukan oleh wanita. Lelaki selalunya meluahkan perasaan pada ibu mereka, kerana hanya ibu yang tidak akan menilai keburukan mereka.

2. Lelaki tidak suka pada komitmen.

Mereka bukan tidak suka pada komitmen, tetapi mereka mahu terikat hanya dengan wanita yang benar-benar serius sahaja. Jika anda memiliki teman lelaki yang takut pada komitmen, sebenarnya lelaki tersebut merasakan anda yang tidak serius.



3. Lelaki sering memikirkan tentang seks setiap saat.

Pendapat wanita, lelaki memikirkan hal ini seperti 8000 kali sehari. Perkara ini terjadi hanya pada mereka yang tidak mempunyai kerja dan pesakit mental sahaja. Lelaki yang normal tidak akan memikirkan hubungan intim setiap saat.

4. Lelaki tiada emosi.

Siapa kata lelaki tidak beremosi? Lelaki sebenarnya lebih emosi dan gemar merajuk jika mereka mempunyai pasangan. Cuma mereka tidak tunjuk sahaja, kerana mahu berlagak cool. Nanti mereka merajuk, ada pula melabelkan mereka dengan bermacam-macam panggilan.



5. Lelaki sukar dibawa berbincang.

Sebenarnya, lelaki yang merasakan wanita ini sukar untuk berbincang tentang perkara serius. Cuba anda menceritakan isu semasa atau perkara yang boleh didebat. Mereka sebenarnya serius, cuma wanita ini hanya gemar bercerita tentang lelaki kacak, barang mekap, cinta, hati dan perasaan dan drama seperti dalam televisyen.

Wanita jika dibawa berbincang terlalu emosi, oleh kerana itu lelaki kadang kala bosan untuk melayan.

6. Lelaki lebih memilih wanita cantik.

Bagi lelaki, wanita cantik terpikat dengan diri mereka kerana mereka bijak mengambil hati pada wanita yang benar-benar mahukan hubungan serius. Lelaki hanya memandang wanita yang bijak bergurau senda dan penyayang.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen