Jenis-Jenis Cemburu Dan Cara Mengatasinya.

Semua manusia memang tidak lari dari perasaan cemburu dan iri hati. Terpulang pada kita bagaimana untuk mengawal dan menguruskan perasaan tersebut agar ia tidak memudaratkan orang lain.

Terdapat dua jenis cemburu..

1. Cemburu kerana tidak yakin diri.

Apabila kita sendiri berasa kurang yakin dengan diri sendiri, dan menggunakan kekurangan diri sendiri untuk menarik perhatian orang lain, ia amat menyedihkan. Dikenali juga sebagai insecure.



Rasa takut jika pasangan beralih kepada orang lain atau jawatan yang diidam jatuh kepada orang lain yang boleh mendorong rasa cemburu.

2. Cemburu buta.

Apabila pasangan yang hangat bercinta, pasti orang ketiga yang akan menjadikan sesebuah hubungan itu berantakan. Pihak ketiga tidak semestinya seorang perampas, berkemungkinan cemburu daripada ahli keluarga sendiri tanpa anda sedar.



Ciri-ciri orang cemburu buta adalah cenderung bersifat posesif dan bertanya semua perkara secara terperinci.

Cara-cara untuk mengatasi masalah cemburu..

1. Berfikiran positif.

Berfikiran positif di sini bukan lah untuk menutup segala kelemahan dan membuta tuli menerima pasangan. Tetapi jika pasangan mempunyai kekurangan diri, sama-sama perbaiki, saling menasihati, ambil kebaikan mereka untuk dijadikan iktibar dan semangat pada diri sendiri.



2. Tenangkan hati.

Tenangkan hati, berlapang dada, lapangkan minda untuk menerima segala nasihat. Berterus-terang adalah cara yang paling baik untuk anda dan pasangan lakukan dan hurai segala kekusutan.

Jangan selalu prasangka dan membuat kesimpulan sendiri. Tenangkan hati dan soal dengan jujur. Malah tubuh badan tidak akan tertekan dan anda bahagia meniti perhubungan bersama.

3. Komunikasi dua hala.

Tidak kira lelaki dan wanita, kedua-duanya sering berfikir yang bukan-bukan tentang pasangan apabila berjauhan. Minda mudah terpengaruh hanya kerana orang lain juga menghadapinya, dan yang paling penting terpengaruh dengan drama televisyen.



Jika timbul fitnah dalam rumah tangga, anda perlu berfikiran terbuka dan dengan setiap alasan yang diberi pasangan. Komunikasi sangat penting apabila dilanda masalah dalam perhubungan.

4. Bijak menyelidik.

Cuba duduk sebentar dan melihat secara positif apa yang membuatkan anda cemburu. Kemudian tanya diri sendiri apakah perasaan terancam tadi masuk akal. Adakah bukti yang menjadikan perkara tersebut membahayakan hubungan. Anda juga perlu fikir adakah rasa cemburu ini boleh menyelamatkan sebuah hubungan?



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen