Jadi Lah Orang Yang Dikasihi Allah, Jika Inginkan Jodoh Yang Penyayang.

Ironi-nya orang melayu kita zaman sekarang, yang menginginkan jodoh yang baik, jaga agama, sering membaca Al-Qur'an dan pergi ke masjid, tetapi diri sendiri yang masih jahil tidak pula melakukan perkara yang sebaik itu.

Manusia sebegini hanya mengharap adanya seseorang yang bakal memimpin mereka daripada kosong sehingga berisi dengan ilmu agama. Tetapi tidak pula bergerak sendiri ke arah yang telah dituntut oleh Allah SWT.



Ingin dikasihi oleh Allah SWT, tetapi tidak pula mengikut segala syarak Islam. Apa kes? Jadi, untuk menjadi orang dikasihi oleh Allah SWT dahulu, kita perlu lah…

1. Berbuat baik dan berkasih sayang pada manusia.

Orang yang berkasih sayang dan menyayangi saudaranya, pasti akan disayangi oleh Allah SWT. Seperti riwayat yang ada menyebut tentang seorang sahabat Nabi yang mempunyai 10 orang anak, tetapi tidak pernah mencium mereka, lalu Nabi SAW bersabda;

“Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain” (HR Abu Daud dan At-Tirmidzi)



Maka, lagi beruntung jika kita mengasihi anak-anak yatim, sabda Nabi SAW;

“Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua jari ini di syurga kelak” dan Baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”(HR Imam Bukhari)

2. Berbuat baik pada haiwan.

Jika kita tidak mampu untuk memelihara haiwan dan menjaga segala keperluan haiwan tersebut, maka jangan lah pula kita mahu menganiayai dan menzaliminya. Terutama kucing liar yang tidak berjaga.

Ada disebut di dalam hadis berkenaan seorang pemilik haiwan yang diseksa kerana tidak memberikan hak yang sepatutnya pada haiwan tersebut, sabda Nabi SAW;



“Ada seorang wanita yang diseksa kerana mengurung kucingnya sehingga mati. Wanita itu lalu masuk ke dalam neraka kerana kucing tersebut dikurungnya tanpa diberikannya makan dan minum dan tidak pula dibiarkannya bebas sehingga dia dapat memakan serangga tanah” (HR Imam Bukhari)

Mudah sahaja untuk dikasihi Allah SWT hanya dengan mengasihi antara sesama manusia dan haiwan di sekeliling kita. Perkara mudah sebegini sering dianggap enteng oleh masyarakat melayu kerana terlalu mengejarkan duniawi.

Jika kita mengasihi sesama manusia dan semua makhluk Allah pasti kita akan disayangi oleh Allah dan seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi. Pasti orang-orang atau jodoh yang penyayang dan baik akan senang mendekati kita dan menjaga kita suatu hari nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen