Bagaimana Jodoh Mampu Mengubah Seseorang? (Bahagian 1)

Jika anda sedar, sebenarnya jodoh ini mampu mengubah seseorang menjadi orang yang berbeza. Bukan berubah menjadi orang lain tanpa identiti sendiri cuma menjadi orang yang lebih baik dan positif daripada masa silam.

Malah cinta juga menyebabkan anda tidak pernah merasakan kekurangan saat bersama dengannya selain melalui beberapa tanda perubahan yang mengasyikkan.

Terdapat 10 cara bagaimana jodoh mampu mengubah seseorang...



1. Mula melihat perspektif berbeza.

Ketika anda bertemu dengan jodoh yang tepat, akan akan mula melihat diri anda dalam perspektif berbeza yang lebih positif. Malah hari-hari yang anda lalui lebih optimis dan hasilnya membuatkan anda berusaha menjadi pasangan yang lebih baik untuk orang lain. Kehadiran si dia ternyata membuatkan kehidupan anda menjadi lebih sempurna.

2. Anda tidak lagi memberi perhatian pada orang lain.

Ketika anda yakin bahawa si dialah orang yang akan membahagiakan anda buat selamanya, tiada insan lain lagi yang mampu memikat hati anda. Malah anda merasakan orang lain hanyalah biasa sehinggakan anda pasti tidak akan tertarik dengan orang lain lagi.



3. Tiada keraguan di dalam hubungan.

Saat menjalinkan hubungan cinta ada ketikanya anda ragu-ragu dengan pasangan. Namun saat anda bertemu dengan jodoh yang tepat, keraguan itu semakin hari semakin hilang perlahan-lahan. Ini kerana ada berdua saling melengkapi dan sudah boleh menerima kekurangan masing-masing.

4. Anda menjadi gembira apabila melakukan aktiviti baru bersama si dia.

Ketika anda tahu dia pasangan yang sesuai untuk anda, perkara yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini juga boleh anda lakukan sekarang semata-mata kerana orang tersayang. Anda juga ingin tahu lebih banyak tentang kegemaran, hobi dan minatnya sehinggakan anda bersedia untuk melakukan aktiviti baru yang anda tidak pernah terfikir pun nak buat sebelum ini.



5. Mula mengambil berat tentang penampilan diri.

Ternyata jodoh akan membawa sisi berbeza daripada segi keperibadian terutamanya soal penampilan diri. Dengan hadirnya jodoh yang tepat, anda semakin cerewet dengan penampilan diri kerana anda ingin tampil sempurna dan kemas di mata pasangan.

Terutama pada si lelaki, sebelum ini agak sukar untuk menjaga penampilan seperti kuku yang tidak dipotong namun dengan kehadiran si dia membuatkan anda sentiasa bersih, rapi dan menghargai diri sendiri supaya kekasih hati tidak beralih arah kepada orang lain.

Jom ikuti lagi 5 cara ke bahagian kedua..



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen