Tanda-Tanda Teman Wanita Anda Benar-Benar Telah Jatuh Cinta.

Wanita zaman sekarang lebih berdikari dan kasar, malah mampu lakukan semua kerja. Tidak hairan lagi jika wanita ini mampu hidup keseorangan tanpa lelaki di sisi, tetapi jika mereka telah jatuh cinta pasti lelaki tertanya-tanya, benarkah mereka ini telah jatuh hati pada anda? Jom lihat tanda-tanda ini..




1. Berpewatakan pemalu.

Sekasar-kasar wanita, apabila hati mereka telah dijentik untuk merasakan cinta daripada seorang lelaki, mereka pasti akan merasa malu. Malu kerana tidak sangka mereka akan merasakan perasaan sebegitu. Melalui perbuatan sahaja anda dapat lihat, wanita ini akan tiba-tiba malu untuk bertentang mata malah untuk bersuara.

2. Mereka sering memberi hadiah.

Tidak kira sama ada memberi hadiah atau memberi makanan kegemaran. Wanita apabila telah jatuh cinta, sikap pemalas mereka tiba-tiba menjadi rajin. Ibu di dapur pun terkejut melihat anak dara mereka rajin menolong untuk memasak, dan bangun awal pagi untuk menghidangkan breakfast. Siapa yang tidak terkejut, bukan?



3. Berpewatakan seperti kebudak-budakan.

Berpewatakan seperti ini hanya lah apabila mereka telah jatuh cinta pada seorang lelaki sahaja, percayalah. Jika dengan lelaki lain, wanita ini berkelakuan normal. Jangan terkejut melihat wanita berpewatakan seperti ini, ia adalah perkara normal jika wanita sudah jatuh cinta dan untuk menarik perhatian lelaki yang dicintainya.

4. Sering merajuk.

Wanita memang terkenal dengan emosi mereka. Terlalu emosi, terlalu mengikut perasaan hanya mahukan perhatian daripada lelaki yang mereka cintai. Tetapi jangan pula hari-hari merajuk, meluat pula teman lelaki melihat nanti, takut si dia larikan diri.




5. Sering menghubungi teman lelaki.

Sama ada lelaki mahupun wanita, jika mereka berdua telah jatuh cinta, pasti akan menghubungi antara satu sama lain. Wanita juga akan memulakan langkah untuk menghantar sms dahulu atau terus menghubungi sang kekasih kerana rindu. Mereka tidak lagi ragu-ragu atau tertunggu-tunggu waktu dan masa yang sesuai untuk menghubungi.

6. Sentiasa tersenyum.

Siapa sahaja tidak bahagia ketika jatuh cinta, bukan? Jangan lepaskan teman wanita anda.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen