Jika Bertemu Jodoh Dengan Lelaki Yang Mempunyai Kewangan Tidak Stabil, Adakah Perlu Ditinggalkan?

Kini bukan mudah untuk mencari pekerjaan terutama untuk para graduan yang mempunyai ijazah. Ramai pula masyarakat mengatakan, jika sudah ada pendidikan yang tinggi pasti mudah mendapat pekerjaan dengan pendapatan bermula daripada RM2500.

Tetapi adakah semua rezeki kita sama?

Adakah semua para graduan daripada ijazah mendapat pendapatan dengan bermula RM2500?

Ternyata kehidupan masing-masing mempunyai haluan yang berbeza termasuk rezeki. Jodoh juga adalah rezeki, dan ia adalah bonus jika mendapat pasangan yang serasi dan memahami.  Peritnya mencari duit itu hanya DIA yang mengetahui, namun jika segalanya dengan nawaitu yang betul,Insya Allah dipermudahkan.

Lain pula kisah apabila wanita bekerjaya jatuh cinta dengan sang jejaka yang mempunyai pekerjaan yang lebih kecil dan pendapatan yang cukup-cukup makan sahaja. Sering dipersoalkan, mengapa berlakunya pertemuan dengan jejaka ini? Adakah ia adalah ujian atau jodoh?

Lapangkan dada, lapangkan minda.



Jika lelaki itu mengikis duit anda, sudah tentu perlu ditinggalkan. Oleh kerana itu, pentingnya ta’aruf dan berkenalan dengan ahli keluarga si dia. Tahu latar belakang si dia. Jika perlukan masa berkenalan atau bercinta sebelum berkahwin, terpulang pada individu.

Jika mahu bertunang, tidak salah. Jika mahu bercinta selepas bernikah, lagi tiada masalah.

Tiada masalah untuk memberi peluang pada lelaki yang mempunyai kewangan yang tidak stabil ini. Sebagai wanita, perlu tahu mengapa ini terjadi? Adakah si dia mempunyai ahli keluarga dan adik-beradik yang ramai untuk ditanggung? Atau daripada keluarga yang sederhana?

Jika si dia sedang berusaha mengumpul duit, sanggup mengikat perut untuk berjimat, sanggup membuat kerja part-time semata-mata untuk hubungan kalian berdua. Fikir dahulu, patutkah anda meninggalkan si dia terkontang-kanting keseorangan?

Pada pihak anda sebagai wanita pula, setelah berkenalan dengan si dia? Apakah perasaan anda mengatakan tentang si dia? Jangan lupa naluri wanita ini hebat dan kuat. Jika anda tidak jemu berdoa dan solat istikharah, Insya Allah dengan izin Allah pasti ada jawapannya. Pasti termakbul doa anda suatu hari nanti.

Sudah takdir Allah SWT, jika kita melakukan sesuatu yang kurang baik pada seseorang, maka balasannya tidak semesti anda mendapat jodoh yang akan melakukan perkara yang tidak baik pada anda. Mana tahu ia berlaku dalam keluarga anda sendiri, rezeki menjadi sempit atau hidup yang tidak tenang.

Jika anda sendiri mahu membuat pilihan inginkan bakal suami yang berharta, kacak dan hanya bekerja di dalam pejabat berhawa dingin, maka jangan pula permainkan perasaan lelaki yang kewangan tidak stabil ini. Tetap pada yang satu dan jangan memberi harapan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen