Contohi Sifat-Sifat Rasulullah SAW Ini, Untuk Mengelakkan Perpisahan Atau Perceraian.

Tahukah anda, perceraian semakin meningkat hanya kerana suami tidak tahan dengan isteri yang kuat membebel, dan isteri tidak tahan untuk melayan nafsu rakus si suami. Kajian ini menunjukkan bahawa pasangan tidak tahu sikap antara mereka akan berubah mengikut keadaan dan waktu.

Oleh kerana itu, sebagai muslim dituntut mempelajari ilmu agama sebelum bercadang untuk melamar seseorang wanita. Dan juga ramai pasangan saling mencintai tapi tidak pandai menzahirkan cintanya.

Jika benar menyayangi pasangan, seelok-eloknya contohi perilaku Rasulullah SAW ini…



1. Nabi SAW orang paling baik kepada keluarganya. Nabi SAW buat segala kerja rumah saat beliau berada di rumah. Nabi orang paling rajin saat berada di rumah.

2. Nabi SAW sentiasa makan berjemaah. Minum dari tempat isterinya minum. Makan sebekas dan sehingga licin. Sangat menghargai makanan. Gembiranya orang yang masak. Tidak pernah complain atau keji makanan.

3. Ketika isterinya membuatnya marah tetap Baginda SAW boleh sebut kebaikan isterinya, diam, mendoakan, dan memanggil isterinya dengan panggilan yang mulia dan disukai isterinya.



4. Nabi SAW boleh menerima kekurangan pada isterinya walaupun Baginda SAW manusia paling sempurna dan tiada manusia sepertinya. Sentiasa memaafkan.

5. Nabi SAW menggunakan kelebihan yang ada pada isterinya untuk kerja dakwah dan kerja agama dalam mendakwahkan wanita-wanita.

6. Nabi SAW tetap baring atas riba, tidur satu selimut ketika haid dan membersihkan darah haid isteri yang menitik.Ini benar-benar membuatkan isteri rasa benar-benar dihargai.



7. Nabi SAW membiarkan isterinya yang tertidur dan baring atas bahunya. Meminta maaf kepada isterinya walaupun tak salah dan menerangkan sebab tindakannya walaupun sebenarnya tidak perlu kerana itu beliau seorang Rasul.

8. Nabi SAW selalu memberikan hadiah dan penghargaan kepada kebaikan isterinya. Pernah Nabi SAW kata: “Wahai Juwaiyah kamu duduk beribadah dari sebelum subuh dan tidak bangun sehingga waktu dhuha ini.” Pujian yang sangat hebat. Kemudian Nabi SAW hadiahkan zikir padanya.



9. Nabi SAW memuji Abu Bakr didepan Aisyah ra. Menghargai ayah mertuanya.

10. Nabi SAW penuh dengan akhlak yang mulia. Hormat orang tua. Sayang kanak-kanak. Suka melayan tetamu yang datang. Suka memberi makan dan suka beri salam.

Begitu juga isteri Nabi SAW dan anak wanita Nabi SAW mempunyai sifat seperti Nabi SAW. Suami isteri saling berlumba menunaikan hak dan memaafkan hak yang tak tertunai. Berlumba buat baik sehingga sama-sama masuk syurga,dan paling utama mendapat redha Allah SWT.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen