5 Tanda Anda Masih Tidak Bersedia Untuk Menjalani Satu Hubungan Yang Serius.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang yang bercinta pasti mahu menamatkan hubungan itu ke arah satu hubungan yang serius. Untuk ke satu hubungan yang serius anda perlu memiliki persediaan awal untuk memastikan si dia adalah pilihan terbaik anda. Apabila si dia mengajak anda untuk melangkah ke satu hubungan yang serius anda sudah mula ragu-ragu akan keputusan yang bakal anda pilih. Apa kata anda cuba kenali dahulu sama ada anda sudah bersedia untuk satu hubungan ataupun tidak.



1. Tidak selesa untuk keluar bersama.

Anda merasa tidak selesa apabila keluar bersama-sama dengannya. Malah anda selalu membawa rakan-rakan anda untuk menemani anda. Bukan itu sahaja, anda juga lebih selesa berjumpa dengannya secara berkumpulan bukan berduaan. Bagi anda apabila keluar berdua ini hanya menimbulkan suasana bosan ketika itu dan ia menjadi berlainan apabila anda berjumpa secara berkumpulan.

2. Tidak bersedia untuk mengenali keluarganya dengan lebih dekat.

Mengenali keluarga pasangan adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dan mengenali pasangan dengan lebih mendalam. Tetapi anda pula tidak selesa dan tidak bersedia untuk mengenali keluarganya dengan lebih dekat. Mungkin anda malu dengan keluarga si dia namun anda tidak pernah mencuba untuk mendekatkan diri anda dengan pelbagai alasan.

3. Merasakan hidup anda kini telah sempurna.

Bagi anda menjalinkan hubungan itu hanya untuk mengisi kesunyian yang anda miliki. Tetapi memilih untuk menjalinkan satu hubungan dalam keadaan serius itu mungkin satu pilihan yang berat bagi anda. Hal ini kerana, anda sudah terlalu selesa dengan kehidupan anda dan anda merasakan ia sudah mencukupi dengan hanya bersendirian.


4. Tidak memberitahu bahawa anda menyukai dirinya.

Pilihan sentiasa berada di tangan anda, tetapi anda memilih untuk tidak memberitahunya. Anda menyukainya tetapi anda tidak mahu menjalinkan satu hubungan yang serius. Maka dengan itu anda akan berpura-pura untuk tidak mengucapkan rasa sayang anda. Dan anda juga sentiasa tidak mendengar kata sayang dar dirinya.

5. Tidak peduli keadaannya.

Apabila kekasih hati jatuh sakit, pasti setiap pasangan akan merasa bimbang dengan keadaannya. Tetapi anda pula tidak, anda lebih selesa bersama-sama rakan anda tanpa menghiraukan dirinya. Bukan itu sahaja, anda tidak bertanya khabar akan keadaannya sehingga si dia pulih sendiri.

Tidak bersedia dalam satu hubungan yang serius itu adalah perkara biasa, tetapi jangan lah kita terlalu tidak mengambil kisah dengan tindakan kita. Beritahu sahaja pada mereka bahawa diri anda masih belum bersedia dari membuat dirinya tertunggu akan anda. Tidak pun dirinya mampu mencari orang lain untuk menggantikan diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen