5 Tanda Anda Sedang Mengalami Philophobia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Philophobia atau lebih mudah dikenali sebagai seseorang yang takut untuk jatuh cinta akibat pernah merasai kekecewaan yang mendalam pada satu ketika dahulu itu. Mereka ini bukan tidak move on dari perhubungan lama tetapi mereka takut perkara yang sama akan berlaku semula. Kekecewaan yang dirasai itu tidak mampu mereka padam di fikiran mereka. Oleh sebab itu, mereka telah memilih untuk melindungi diri mereka dahulu dan itu digelar satu penyakit yang bernama philophobia. Mari kenali tanda-tanda yang terdapat pada seorang pesakit philophobia.



1. Mudah menangis mengenai kenangan lalu.

Mereka ini telah memilih untuk hidup secara bersendirian tetapi itu tidak bermakna mereka masih belum move on dari perhubungan lama mereka. Mereka juga mudah menangis mengenangkan kenangan lalu mereka kerana rasa takut akan dikecewakan dan disakiti seperti masa lalu. Jadi mereka akan terus dibayangi dengan segala kesakitan yang lalu.

2. Sukar untuk percaya orang lain.

Bukan hanya itu sahaja, mereka ini juga dikatakan sukar untuk mempercayai orang lain selain diri mereka. hal ini kerana, mereka takut jikalau pihak yang dipercayai itu akan melukakan hati mereka seperti sebelum ini. Dan bagi mereka, apabila mereka mempercayai diri mereka itu bermakna, mereka berkuasa penuh terhadap keputusan yang telah mereka lakukan.

3. Anda percaya setiap hubungan adalah sama.

Mereka yang mempunyai fobia ini juga percaya bahawa setiap hubungan yang akan dilaluinya nanti akan berakhir dengan nasib yang sama. Di mana mereka ini akan dilukakan dan ditinggalkan seperti sebelum ini. Sedangkan setiap hubungan yang akan dilalui pasti akan berlainan dan tidak sama.


4. Tidak begitu selesa apabila menyukai seseorang.

Apabila mereka mula menyedari bahawa mereka akan mencintai ataupun menyukai seseorang mereka akan menjadi risau dan tidak selesa. Bukan itu sahaja, malah mereka cuba untuk membuang perasaan mereka dan menyembunyikan perasaan mereka daripada pengetahuan si dia serta orang lain. Tidak lupa juga, mereka akan cuba untuk membuang perasaan itu.

5. Cuba mengelakkan diri dari menjalinkan perhubungan.

Kerana takut untuk kecewa terhadap kelakuan pasangan, mereka ini akan cuba mengelakkan diri untuk menjalinkan hubungan percintaan. Dan mereka lebih suka menggunakan alasan bahawa mereka ini hidup selesa tanpa pasangan. Mereka juga akan menggunakan pelbagai alasan untuk mengelak daripada dirinya dipaksa untuk menjalinkan satu perhubungan.

Mereka yang mempunyai fobia kepada percintaan ini biasanya mengalami kesukaran untuk menyembuhkan hati mereka. Melainkan terdapat seseorang yang membuat diri mereka percaya bahawa hubungan yang baru itu tidak akan membuat dirinya kecewa seperti hubungan terdahulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen