Usah Terlalu Kecewa, Jom Ikuti Langkah-Langkah Ini Untuk Sembuh Setelah Terluka.

Mudahnya kita menerima cinta, mudah juga kita terluka. Cinta yang memang lahir daripada hati manusia, pasti semua akan melalui ujian yang sama. Kecewa dan terluka. Jom ikuti tips ini untuk bangkit setelah anda dikecewakan oleh pasangan..

1. Kesakitan itu nyata.

Pakar psikologi mengatakan bahawa salah satu cara untuk ‘move on’ adalah dengan terlebih dahulu menerima kenyataan bahawa anda sekarang sedang bersedih dan terluka.



2. Meletakkan had kesedihan.

Contohnya;

“Aku akan bersedih hanya dalam masa dua seminggu, kemudian aku akan kembali okay”

Cara ini dapat ‘trick’ minda anda supaya bersedia untuk sembuh dan cuba mencari jalan supaya perasaan anda kembali pulih.

3. Tersenyumlah kembali.

Dunia tidak terhenti hanya dengan sebuah penolakan atau kekecewaan.

4. Lapangkan dada dan bernafas dengan tenang.

Lakukan teknik pernafasan teratur selama beberapa minit sebelum anda melakukan apa-apa kerja seharian. Lapangkan minda dari sebarang perkara dan fokuskan hanya kepada bunyi pernafasan. Anda juga boleh melakukannya sambil berzikir perlahan.



5. Lakukan perkara baru.

Keluar dan cubalah perkara-perkara baru yang anda sangat teringin cuba sebelum ini atau tidak pernah punya peluang mencuba.

6. Bersikap adil kepada diri.

Ingatkan diri anda bahawa anda berhak dilayan dengan rasa hormat dan adil.



7. Tiada orang yang sempurna.

Berhenti menjadi penyelamat buat semua orang. Anda juga perlu memberi perhatian buat diri sendiri.

Buka mata dan hati kepada perkara-perkara kecil di sekeliling. Besar kemungkinan anda akan menyedari suatu yang anda tidak pernah ambil pusing selama ini.

8. Melakukan sesuatu yang membanggakan.

Lakukan sesuatu yang akan membuatkan anda bangga kepada diri sendiri setiap hari walaupun ianya sesuatu yang kecil.

Contohnya, memastikan bilik tidur anda kemas, kain kotor tidak memenuhi bakul, kereta anda bersih dan bersinar. Hal ini akan membantu anda untuk kembali rasa yakin pada diri sendiri sedikit demi sedikit.



9. Berhenti daripada bergantung kepada manusia.

Jika selama ini anda banyak bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu, maka mari mula lakukannya sendiri satu persatu.

Tidak sampai sebulan anda akan mendapati bahawa anda sebenarnya kuat dan mampu berdikari! Harga diri anda tidak terletak pada orang yang telah melukakan anda. Harga diri anda bergantung kepada tindakan dan sikap anda sendiri.

10. Diri anda begitu berharga.

Sentiasa fikirkan positif, jika berlaku kekecewaan kerana cinta tidak terbalas bukan bermakna anda tidak diperlukan atua tidak berharga. Hanya kerana ia terjadi, maka anda terlalu berharga untuk insan tersebut. Mungkin Allah mahu gantikan dengan lebih baik. Ianya bukan semata-mata tentang anda atau mereka tetapi ianya tentang pilihan.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen