Antara Keseronokan Bernikah Dahulu, Bercinta Kemudian.

Dengan mengikut peredaran semasa, sudah tentu anak remaja memilih untuk bercinta dahulu, bernikah kemudian. Tetapi apa yang anak muda ini tidak tahu, jika mereka bercinta dahulu, dan mempunyai tujuan yang sama dengan pasangan untuk ke jinjang pelamin, adakah ia berakhir dengan 'happy ending'?. Bagaimana pula dengan pasangan yang tidak mempunyai matlamat yang sama? Dan masih inginkan keseronokan sebelum berkahwin?


 
Kerana itu, ada baiknya bernikah dahulu dan bercinta kemudian seperti di bawah...

1. Tiada rasa bersalah.

Cinta itu sendiri adalah abstrak. Cinta boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal.

Islam menekankan bahawa haram bagi seseorang lelaki menyentuh seorang perempuan yang bukan mahramnya. Larangan ini sangat keras sehinggakan Rasulullah SAW menegaskan bahawa:

“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” riwayat Thabrani



2. Mudah menzahirkan rasa cinta.

Ini adalah sesuatu perkara yang amat sukar untuk dipercayai melainkan kita sendiri melaluinya. Setiap pasangan akan melalui saat di mana cinta mereka diuji. Bagi mereka yang belum bernikah, ujian tersebut akan menyebabkan mereka tidak tenteram dari perasaan negatif.

Masih adakah cinta? Adakah dia setia? Mana buktinya?

Masalah-masalah sebegini dapat diatasi oleh mereka yang bercinta selepas berkahwin dengan mudah kerana tiada batasan untuk mereka menzahirkan rasa cinta mereka. Tidak ada halangan untuk mereka saling menzahirkan rasa cinta melalui kata-kata ataupun sentuhan.



Berbeza pula dengan mereka yang bercinta tanpa ada ikatan yang sah, hubungan antara mereka berdua dibatasi oleh syarak dan menyukarkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan pertengkaran yang ada.

3. Proses berkenalan tanpa batasan.

Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan mengakui bahawa daripada proses berkenalan kepada percintaan merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini.

Bayangkan anda berada di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan anda dan kekasih anda. Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah.



Setelah mempunyai ikatan sah, banyak perkara diberi ganjaran pahala.

Mahu memeluk kekasih anda? Peluk sahaja, tiada dosa di atas anda, malah diberi ganjaran pahala! Inilah satu hikmah yang besar jika kita bercinta selepas berkahwin. Dan ternyata kebaikan ini khusus untuk mereka yang memilih jalan ini sahaja. Terpulang kepada individu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen