4 Perkara Utama Yang Perlu Ada Untuk Memberi Kesan Yang Baik Pada Kali Pertama Berjumpa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman pertama kali berjumpa dengan pasangannya. Pasangan yang hanya diminati dan hanya untuk mencuba jika anda peluang. Tetapi siapa sangka selepas pertemuan pertama, ia telah menjadikan anda sebagai pasangannya dan melalui pertemuan itu juga, anda mungkin berhasil memilikinya. Siapa sangka bukan? Tetapi apa yang menyebabkan diri anda berjaya memberi kesan yang baik kepada seorang wanita? Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda berjaya memberikan kesan terhadap dirinya ketika pertemuan pertama. Mari ketahuinya.



1. Usaha.

Apa yang wanita suka pada permulaan pertemuan pertama? Usaha yang diberikan oleh seorang lelaki yang hendak berjumpa dengannya. Usaha sangat memainkan peranan penting dalam pertemuan pertama ini. Hal ini kerana, seorang wanita akan melihat anda bersungguh-sungguh untuk berjumpa dan berkenalan dengan dirinya secara lebih dekat. Bukan itu sahaja, anda juga tidak memberikan alasan yang banyak untuk membuat dirinya tidak mempercayakan anda. Walaupun anda tahu, akan ada beberapa kesukaran yang akan anda alami namun itu bukan penghalangnya.

2. Menjadi diri sendiri.

Apa bila anda berada dalam temu janji tersebut anda tidak menjadi orang lain malah anda lebih selesa untuk menjadi diri sendiri. Bagaimana pasangan anda dapat menangkap anda ketika anda berpura-pura menjadi seseorang yang lain? Dengan melihat tindakan anda yang teragak-agak dan kaku akan membuat seseorang berjaya mengakap anda bahawa anda sedang berpura-pura. Hal ini kerana, setiap perbuatan yang dilakukan adalah perkara yang tidak akan menggunakan gerak hati dan teragak-agak.


3. Tunjukkan minat anda.

Agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan orang yang pertama kali bertemu. Tapi itu tidak menghalang anda untuk menunjukkan minat anda pada dirinya. Tunjukkan sahaja minat anda ketika sedang berbual dengannya. Jangan pernah membiarkan keadaan senyap dalam janji temu anda ini. Berusaha untuk mengeluarkan segala topik perbualan agar si dia merasakan anda sangat berminat akan dirinya.

4. Jangan gemuruh.

Apabila berhadap dengan perkara yang tidak biasanya, setiap orang pasti akan mengalami rasa gemuruh. Jangan pernah sesekali tunjukkan rasa gemuruh anda di hadapan dirinya. Cuba untuk menyorokkan rasa itu dengan sebaik-baiknya jangan membiarkannya si dia menghidu rasa gemuruh anda. Cara pelbagai perkara agar anda berada dalam keadaan selesa.

Tidak mudah sebenarnya memberikan kesan yang baik untuk satu temu janji. Di dalam pertemuan yang pertama ini, jika tersilap sedikit pasti anda tidak akan mampu memberi kesan yang baik. Bukan itu sahaja, anda juga tidak dapat memikatnya semula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen