5 Cara Membuat Pasangan Anda Rasa Dicintai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap tindakan yang dilakukan kadang kala tidak dapat membuktikan bahawa kita terlalu mencintai seseorang itu. Walhal, kita telah memberikan tanda-tanda yang terbaik untuk membuat si di percaya bahawa kita amat mencintai dirinya. Jika kaum lelaki, seorang wanita setia dengan dirinya ketika susah dan senang itu sudah memadai untuk menyatakan rasa cinta pasangannya. Tetapi bagi seorang wanita, kesukaran untuk mempercayai bahawa pasangannya itu mencintainya adalah tinggi. Jadi, bagaimana untuk membuat mereka ini percaya bahawa anda mencintainya? Biasanya wanita ini mahukan satu yang biasa menjadi luar biasa. Mari kita ketahuinya.



1. Tidak mementingkan diri.

Sikap yang mementingkan diri kadang kala akan memberi kesan yang buruk dalam perhubungan. Oleh itu, adalah lebih elok sebelum melakukan apa-apa keputusan, anda memikirkan keadaan pasangan selepas keputusan itu dilakukan. Jika anda merasakan bahawa pasangan anda akan mengalami masalah dengan keputusan yang dilakukan, maka lebih elok jika anda berkongsi perkara itu bersama pasangan anda. Jangan membuat keputusan secara bersendirian.

2. Menjadi romantik, spontan dan bersahaja.

Wanita paling sukakan lelaki yang mempunyai sifat romantik, spontan dan bersahaja. Maka dengan itu tidak salah jika pasangan yang baik memberikan kejutan buat pasangannya walaupun pada hari biasa. Tidak salah juga jika seorang wanita memberikan kejutan untuk pasangannya. Lakukan kejutan-kejutan yang mudah seperti makan malam yang romantik, mahupun kad ucapan yang menghargai. Ia nampak mudah tetapi ia pasti membuahkan hasil.

3. Sentiasa menyokong, dan berkongsi.

Untuk membuat pasangan rasa dicintai bukan memerlukan satu perkara yang luar biasa, tetapi boleh jadi juga jika perbuatan menyokong pasangan akan merasa dirinya dicintai. Bukan itu sahaja, kelakuan saling berkongsi juga mampu membuat pasangan itu rasa diperlukan dan dicintai. Hal ini kerana, setiap pasangan memerlukan tempat curahan dan perkongsian yang baik untuk membuat dirinya rasa bersemangat.


4. Berkongsi melakukan kerja rumah.

Jika anda sepasang suami isteri, tidak salah sekiranya anda dan pasangan melakukan kerja rumah bersama. Sebagai contoh membasuh pinggan dan mengemas dapur bersama. Ia akan membuatkan anda akan bertambah erat dan bukan itu sahaja, perkongsian tugas ini juga akan membuat pasangan, terutama wanita merasa dihargai dan lebih dicintai. Hal ini kerana, tidak ramai yang mampu melakukan perkara itu.

5. Melalui tindakan.

Sebenarnya banyak tindakan yang boleh dilakukan untuk membuat pasangan merasa dicintai. Tetapi setiap tindakan itu bukan hanya memberi kepuasan kepada diri sendiri tetapi ia juga perlu memberi kepuasan kepada pasangan. Ia adalah untuk memberikan perasaan adil dan tidak saling melukakan yang mencetuskan pergaduhan.

Kesimpulannya, lakukan tindakan-tindakan yang mudah dan tidak membebankan diri anda untuk membuat pasangan anda merasai cinta dari anda. Dan bukan hanya membiarkannya terkapai-kapai dengan membiarkan pasangan anda ragu-ragu dengan cinta anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen