5 ‘Trick’ Lelaki Yang Membuat Wanita Jatuh Cinta Pada Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki ini banyak trick nya apabila cuba memikat hati wanita yang mereka sukai. Bukan satu perkara sahaja yang biasa si dia lakukan malah banyak lagi perkara yang akan dilakukan hanya untuk mendapatkan hati orang yang disukai. Jadi buat wanita, hati-hati jika anda melihat seorang lelaki menggunakan helah-helah seperti berikut untuk memikat anda. Hati-hati kerana apa? Kerana takut diri anda akan jatuh cinta terhadap dirinya.



1. Bermulut manis.

Lelaki seperti yang kita tahu mereka ini adalah sangat bermulut manis. Sentiasa menabur janji dan memuji diri anda. Setiap kata-katanya itu akan membuat diri anda cair dan mudah percaya. Bukan itu sahaja, dirinya juga akan membuat diri anda begitu yakin si dia adalah pilihan terbaik untuk diri anda. Mereka juga akan sedaya upaya untuk menarik perhatian anda untuk membuat si dia memilih anda.

2. Pandai bergurau.

Tidak seronoklah kalau mereka ini serius sahaja, nanti macam mana mahu memikat anda. Jadi, yang cuba mendekati diri dengan anda ini pasti seseorang yang pandai bergurau dan mempunyai perwatakan spontan, mudah lah mereka ini mengambil hati anda. Mereka ini akan sentiasa di sisi anda untuk menyenangkan hari-hari anda.

3. Sentiasa memberi perhatian.

Apa yang wanita mahukan dari seorang lelaki? Pastinya perhatian yang mereka mahukan. Jadi seorang lelaki yang cuba memikat wanita, pasti akan memberikan segala perhatian yang penuh terhadap wanita itu. Bukan itu sahaja, mereka juga akan sentiasa ada ketika wanita itu memerlukan bantuan dan pertolongan. Jadi mudahlah wanita itu lihat kepentingan lelaki tersebut.


4. Penuh dengan kejutan.

Siapa yang tidak suka jika diberi kejutan secara tiba-tiba. Lagi-lagi jika bukan hari lahir atau ulang tahun apa-apa, pasti rasa seronok. Dengan setiap kejutan itu sememangnya mampu memikat hati mana-mana perempuan. Bukan setakat itu sahaja, kiriman bunga dan coklat apabila berjumpa juga turut membuat hati seorang wanita bahagia dan tersentuh.

5. Menyokong.

Sekuat mana pun seorang wanita, mereka ini pasti inginkan sokongan yang padu dari belakangnya. Jadi buat lelaki-lelaki yang ingin memikat wanita, mereka ini akan menggunakan peluang ini untuk mencuit hatinya. Sokongan yang diberikan pula bukan hanya ketika senang sahaja, malah ketika susah juga sokongan turut dihulurkan.

Kesimpulannya, lelaki ini mempunyai pelbagai helah yang banyak untuk memikat hati seorang wanita. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak pernah kering idea untuk membuat seseorang wanita itu tertarik dengannya melalui cara yang mudah. Jadi sebagai wanita anda seharusnya berhati-hati. Jangan sampai jatuh ke tangan lelaki yang tidak sepatutnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen