5 Sebab Si Dia Menerima Anda Walaupun Anda Bukan Cita Rasanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang akan meletakkan satu ciri yang ingin dicarinya ketika menjalinkan satu hubungan itu. Mungkin, ciri itu merupakan salah satu cita rasa yang ingin dimiliki dalam pasangannya. Tidak semua orang akan dapat memiliki pasangan idamannya. Ada sahaja yang tidak menjadi cita rasa dirinya pun tetapi pasangannya itu tetap menjadi pilihan. Mungkin juga anda bukan seseorang yang akan dipilih tetapi tanpa anda sedar, dirinya telah memilih anda untuk menjadi pasangannya. Macam mana boleh jadi seperti itu? Mungkin disebabkan beberapa faktor yang anda tidak tahu. Mari ketahui faktor dimiliki oleh anda.



1. Semangat anda.

Anda mungkin mempunyai semangat yang positif, di mana anda selalu meletakkannya sebagai satu pembakar. Si dia sentiasa melihat anda begitu positif dalam segala hal, sehinggakan dirinya juga turut merasa positif ketika bersama anda walaupun hanya sekadar seorang rakan. Itu yang membuatnya memilih anda sebagai pasangannya, kerana aura positif yang anda bawa kepada dirinya menyebabkan dirinya turut bersemangat.

2. Tidak putus asa.

Bukan itu sahaja, anda juga seorang yang tidak mudah berputus asa dalam mengejarnya. Anda sentiasa bersungguh-sungguh untuk membuat dirinya tahu anda begitu penting di sisinya. Sedangkan pada ketika itu, anda tahu bahawa diri anda bukan cita rasanya tetapi anda tetap juga tidak berputus asa dengan keputusan anda. Anda juga akan membuktikan pada dirinya bahawa si dia akan memilih anda juga akhirnya nanti.

3. Bijak mengambil hati.

Baik lelaki mahupun wanita, mereka ini mudah cair apabila anda bijak untuk mengambil dan memikat hati mereka melalui tingkah laku, sifat serta penampilan. Anda juga seorang seperti itu, jadi si dia mudah untuk memerhatikan anda dengan segala cara yang anda lakukan. Walaupun, anda tidak pasti sama anda si dia menyukainya ataupun tidak. Tetapi semua itu membuahkan hasil.


4. Menghormati dirinya.

Walaupun anda masih belum dipilihnya, anda sentiasa menghormati keputusannya. Anda juga bertindak dengan cara yang tidak memaksa tetapi anda lebih kepada memikat. Setiap perkara yang si dia lakukan tetap anda sokong dan hormati walaupun anda tidak sukakannya.

5. Tidak berpura-pura.

Sikap anda yang tidak berpura-pura apabila di hadapannya turut membuat hatinya terpikat. Mungkin kerana sifat semula jadi anda yang mempesonakan pandangannya tanpa anda sedar. Bukan hanya itu sahaja, malah sifat anda yang tidak berpura-pura itu juga kelihatan begitu ikhlas di mata si dia.

Kadang kala kita tidak tahu seseorang itu memilih kita atas dasar apa, yang kita tahu adalah kita bukan cita rasa dirinya. Namun, bagaikan tidak disangka apabila ia menjadi pilihan hati. Jadi jangan pernah putus asa terhadap sesuatu, tetapi tunjukkan dan serlahkan apa yang anda miliki. Mana tahu dengan itu si dia boleh jatuh hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen