Antara Sebab Kenapa Wanita Lebih Cemburu Daripada Lelaki.

Jom kita ketahui, antara sebab-sebab wanita menjadi lebih cemburu atau lebih curiga daripada lelaki…

1. Sifat semulajadi.

Tidak dinafikan, sifat cemburu ada dalam diri setiap manusia. Namun, cara kita mengawal perasaan inilah yang membezakan antara kita dengan orang lain. Janganlah cemburu itu pula yang menguasai diri kita sehingga mengabaikan tanggungjawab lain yang lebih utama.



2. Kurangnya bersyukur.

Cemburu juga mungkin disebabkan kita tidak bersyukur dengan segala nikmat atau apa jua yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita. Yakinlah, setiap apa yang dikurniakan Allah kepada setiap orang itu pasti ada hikmahnya, bukan untuk dicemburui.

3. Mahukan perhatian, pujian dan sanjungan.

Wanita memang sifatnya mahukan perhatian dan pujian, lebih-lebih lagi dari pasangannya. Cemburunya Aisyah r.anha terhadap Khadijah adalah disebabkan pujian dan sanjungan yang sering dilontarkan oleh Rasulullah SAW mengenai Khadijah, sekalipun Khadijah sudah lama wafat.



4. Berasa tersisih dan dipinggirkan.

Darjat wanita di sisi Islam amat tinggi setelah Rasulullah SAW diutuskan sekaligus menghapuskan kejahilan orang Jahiliah dahulu yang menanam hidup-hidup anak perempuan. Oleh itu, perlakukanlah wanita sebaiknya. Mungkin cemburu itu hadir apabila wanita berasa dirinya dipinggirkan atau disisihkan oleh orang sekeliling.

5. Tidak memiliki kelebihan tertentu.

Setiap orang dikurniakan kelebihan dan keistimewaan tertentu. Sebagai contoh, pandai menjahit, memasak, melukis, menulis, berniaga, membuat kek dan pelbagai lagi. Sudah tentu, ada yang ingin berjaya dan menjadi seperti itu. Tetapi ada yang gagal apabila cuba untuk melakukannya.

Positiflah dengan diri, bahawasanya setiap orang itu miliki keistimewaan tersendiri. Cuba cari apa yang istimewa dalam diri kita dan tidak ada pada orang lain.



6. Sentiasa mencari salah orang lain.

Kadang, orang yang dicemburui itu tidak berbuat apa-apa tetapi masih tetap dibenci dan dimusuhi. Mungkin, kerana sikap (orang yang cemburu) sendiri yang suka mencari kesalahan orang lain.

Bagi yang mengalami situasi sebegini iaitu orang yang dicemburui tanpa apa jua sebab, bersabarlah. Biarlah perilaku orang pada kita, tapi kita jangan sesekali memperilakukan orang lain sebegitu.



7. Terlalu menyayangi.

Ada juga wanita yang kuat cemburu kerana terlampau kasih dan sayang pada pasangan. Ini kerana dia bimbang, jika pasangannya itu rapat dengan orang lain dan mengabaikan dirinya. Juga, bimbang jika hati pasangannya beralih pada orang lain. Sebab itu, cemburu wanita ini kadang bersebab bukan kerana mengada-ngada.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen