5 Sebab Wanita Berubah Ketika Dalam Perkenalan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perkenalan untuk menjalinkan satu hubungan percintaan ini, pasti ramai yang meletakkan usaha yang lebih untuk memastikan hati orang itu berjaya ditambat. Tapi biasanya wanita akan cepat berubah hati dalam sesi perkenalan ini. Banyak sebab mengapa wanita meninggalkan anda dalam perhubungannya itu, walaupun anda rasa anda telah berusaha bersungguh-sungguh. Mungkin si dia kelihatan memberi satu peluang kepada anda tetapi boleh jadi bila-bila masa sahaja anda akan kehilangan dirinya. Mungkin terdapat beberapa sebab seseorang wanita itu berubah ketika dalam sesi perkenalan.



1. Anda membosankan.

Wanita ini inginkan selalu yang berlainan, di mana anda pandai mengambil hati mereka dan membuat mereka tersenyum. Tetapi jika mereka tiba-tiba tidak mahu layan anda ataupun block anda di media sosial itu bermakna anda sangat membosankan. Dalam sesi ini anda seharusnya cuba untuk membuat mereka tersenyum setiap masa, barulah mereka ini mudah untuk jatuh hati terhadap anda.

2. Anda tidak menunjukkan minat.

Apabila anda sudah memberi harapan terhadap dirinya dan dirinya mula menyukai anda tiba-tiba anda berubah. Itu lah yang menyebabkan diri mereka berhenti dari terus berkenalan dengan anda. Mereka beranggapan anda sudah tidak menunjukkan minat terhadap diri mereka lagi. Walaupun, sebenarnya anda sedang berusaha untuk memikat hati mereka dengan cara yang lain.

3. Si dia kerap memulakan dahulu.

Wanita inginkan lelaki yang memulai semua perkara, bagi mereka tiada istilah ladies first jika ingin menjalinkan hubungan. Tetapi anda telah lakukan tindakan yang salah, di mana anda kerap membiarkan dirinya memulakan perbualan dahulu. Anda sepatutnya yang mengambil langkah untuk memulakan perbualan bukan dirinya. Sebab itu mereka ini mula menghilangkan diri daripada anda.


4. Anda bukan cita rasa dirinya.

Apabila telah lama saling mengenali, mereka dapat lihat diri anda ini bagaimana orangnya. Begitu juga peribadi dan gaya penampilan anda. Dalam pengenalan itulah mereka ini mula mencari jika anda ini seseorang yang memenuhi cita rasanya. Jika anda tidak seperti yang diinginkan, itu juga akan menjadi punca mereka ini pergi meninggalkan anda.

5. Berjumpa dengan yang baru.

Boleh jadi juga ketika dalam perkenalan dengan anda, mereka ini menemui seseorang yang baru. Dan orang itu pula memenuhi apa yang mereka inginkan. Sebab itu mereka ini lebih memilih orang lain berbanding diri anda.

Apabila melibatkan diri dalam perkenalan untuk menjalinkan hubungan ini, janganlah anda meletakkan harapan yang sangat besar. Hal ini kerana, si dia belum tentu mempunyai perasaan yang sama dengan anda. Melainkan anda dan dirinya sudah menyatakan hasrat hati masing-masing. Barulah boleh bagi harapan dalam perkenalan tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen