Jika ada yang masuk meminang, biasanya wanita akan berkahwin.

Oleh:

Semua wanita di dunia ini mempunyai impian untuk berkahwin. Walaubagaimanapun, masih ada ramai wanita yang sudah sesuai usianya untuk bernikah tetapi masih berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin. Masyarakat mudah berkata-kata. Antaranya, tiada istilah perigi mencari timba, wanita harus berusaha mencari jodoh, wanita janganlah terlalu memilih dan sebagainya.

1. Tidak Salah Wanita Memulakan Perkenalan Dan Berkawan.
Samada lelaki atau wanita yang dahulu bertegur sapa memulakan perkenalan memanglah tidak salah. Ini kerana melalui sapaan yang dilakukan mungkin boleh mewujudkan silaturahim sebagai kenalan dan juga kawan. Melalui silaturahim seperti inilah mungkin akan wujudnya perasaan suka kepada seseorang dan akan terdetik untuk menjadi pasangan hidupnya.

2. Wanita Perlukan Bantuan Orang Tengah Jika Berhasrat Mempersuamikan Seseorang.
Berkenalan sudah, berkawan pun sudah, mengetahui serba sedikit sikap dan latar belakang juga sudah. Namun, apakan daya, pihak lelaki masih belum ada tanda-tanda ke arah pernikahan. Mungkinkah pihak lelaki malu atau tidak perasan akan perasaan kenalan wanitanya. Oleh itu, ada juga yang berpendapat, wanita harus bertindak ‘gentlewoman’ terus sahaja memberitahu hasrat. Namun sebagai wanita, pasti ada rasa malu, malahan tidak manis pula jika wanita yang menyuarakan hasrat lamaran secara langsung kepada lelaki itu. Andai ini berlaku, pihak lelaki juga mungkin terkejut. Jadi, di sini lah khidmat orang tengah untuk menyatakan hasrat pihak wanita kepada lelaki tersebut diperlukan tanpa menjatuhkan maruah pihak wanita itu. Andai pihak lelaki setuju, lamaran secara rasmi dari pihak lelaki dan pihak keluarga lelaki akan terlaksana.

3. Pihak Lelaki dan Keluarga Pihak Lelaki Yang Akan Menghantar Rombongan Meminang / Lamaran Secara Rasmi.
Kebiasaannya, setelah mencapai persetujuan untuk berkahwin, tindakan menghantar rombongan meminang adalah daripada pihak lelaki. Tidak pernah lagi adat kita di mana pihak perempuan dan keluarga disebelah pihak perempuan yang ke rumah pihak lelaki menghantar rombongan meminang. Justeru itu, sesungguhnya amat bertuah wanita yang ada menerima lamaran dan rombongan dari pihak lelaki, menandakan pihak lelaki serius ingin hidup bersamanya dan secara tidak langsung menandakan pihak keluarga lelaki juga menerimanya sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

4. Bahagianya sesebuah hubungan perkahwinan adalah hasil dari hubungan positif 2 hala.
Samada wanita atau lelaki, soal jodoh dan pencarian pasangan, sememangnya dua-dua harus berusaha. Namun terjadinya penyatuan pasangan itu ada 2 iaitu atas dasar hati mereka antara satu sama lain yang ingin menjadi sepasang suami isteri dan mereka mengusahakannya, dan adanya penyatuan jodoh itu juga adalah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t.

Justeru itu, proses akhir untuk bernikah itu adalah di tangan pihak lelaki itu sendiri. Sememangnya jika ada yang masuk meminang, biasanya wanita akan berkahwin. Perkara ini diakui juga oleh pelakon cantik Emma Maembong, “Saya sekarang ini menjalani kehidupan solo seperti biasa sahaja. Biarlah masa yang menentukan. Sampai masa, kalau ada orang masuk meminang, saya kahwinlah. Memang tidak ada letak sebarang harapan,” kata Emma Maembong yang dipetik dari akhbar Kosmo! Online bertarikh 20 Mei 2018 jam 3:00am. Sesungguhnya jodoh itu rahmat dan rahsia Allah. Andai tidak berakhir ke jinjang pelamin anggaplah itu bukan jodoh. Walaubagaimanapun, kita masih perlu berusaha. Mungkin dengan memperluaskan kelompok pergaulan positif bersama masyarakat dan jangan lupa memanjatkan doa kepada tuhan yang maha Esa, moga jodoh kita semua dipermudahkan. Amin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen