4 Tanda Hubungan Cinta Yang Baru Dijalin, Tidak Berakhir Ke Jinjang Pelamin.

Semua pasangan mengharapkan sesuatu hubungan yang baru dijalin, pasti hingga ke jinjang pelamin, malah hingga ke syurga. Jika ada jodoh, pasti ia berkekalan, tetapi bagaimana anda boleh tahu jika seseorang itu bukan lah jodoh anda?

Oleh kerana itu, ada sebahagian pasangan, yang baru sahaja berkenalan, sudah menetapkan tarikh perkahwinan. Berkenalan hanya dua bulan, sudah dapat menerima baik buruk pasangan. Mudah, jika kalian berdua bijak berkomunikasi dan menerima pendapat masing-masing secara terbuka.



Jadi, apakah tanda-tanda perkenalan anda dan pasangan bakal tidak berakhir hingga ke jinjang pelamin? Jom baca…

1. Pasangan sering mengelak berbincang isu perkahwinan.

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, jika mereka hanya main-main dengan anda sahaja, pasti akan mengelak dengan isu ini, apatah lagi dengan isu nyawa, harta atau anak. Golongan ini mahu bercinta, hanya kerana bosan keseorangan dan mahu keseronokan sahaja, tidak lebih daripada itu.

Mereka yang serius dengan anda, tidak akan membiarkan hubungan kalian tergantung terlalu lama tanpa arah tuju, ingat!

2. Tidak serasi.

Mudah! Tidak serasi! Anda dan pasangan seolah-olah tiada chemistry. Jangan memaksa diri anda mahu pun pasangan untuk menjadi serasi. Keadaan akan menjadi semakin tegang dan kekok. Oleh kerana itu, jika anda baru berkenalan dengan seseorang, lebih elok jika menjadi diri sendiri.



Tidak serasi dengan cara pemikiran, cara percakapan, anda sentiasa memperkecilkan pasangan, atau tidak mudah menerima keburukan si dia.

3. Perhubungan jarak jauh anda berdua seperti tiada perancangan.

Oleh sebab itu, perkara utama atau soalan penting yang patut anda ajukan pada pasangan adalah “Lepas kahwin, kita duduk mana?”. Adakah si dia mempunyai jawapan yang muktamad dan jelas? Membeli rumah? Duduk di rumah sendiri atau mertua?



Jika si dia masih ragu-ragu dan tiada perancangan, dan jawapan yang sering diberikan “Nanti lah lepas kahwin, kita bincang okay”. Jadi, bagaimana anda mahu hidup dengan si dia? PJJ yang tiada penghujung?

4. Keutamaan yang berbeza.

Apabila bertemu seseorang dan berkenalan dengan si dia, pasti anda mengharapkan untuk bercinta dengan si dia, dan berumah tangga bukan? Jadi, apakah keutamaan si dia? Adakah sama dengan anda? Atau keutamaan si dia masih dengan travel alone dan perkahwinan tiada dalam list? Hati-hati!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen