4 Cara Untuk Memahami Bahasa Kiasan Wanita Yang Lelaki Wajib Tahu. Nasihat Untuk Wanita Juga.

“Abang lapar tak?” Si lelaki akan jawab “Tak”

“Abang, sedap tak makanan tu?”dan jawapannya “Sedap”

Lelaki akan baca ayat ini, dan memberi jawapan yang pendek dan mudah difahami. Direct to the point! Tetapi bagi wanita, ayat ini ada maksud yang tersirat.



“Abang lapar tak? Jom kita pergi restoran tu, sebab saya lapar”

“Abang, nampak macam sedap je makanan tu, saya nak sikit”

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain.



Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Lelaki yang ingin memahami bahasa terbalik wanita, adalah dengan cara…

1. Apabila wanita bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.



2. Jika anda masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”

3. Jika anda telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh bakal isteri nanti. Pastinya lelaki ini dilabelkan sebagai suami yang paling romantik.

4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda wanita masih menyayangi lelaki itu. Kebiasaannya, wanita tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan KEPADA ORANG YANG DIA SAYANGI.



Nasihat kepada wanita pula:

1. Sebelum anda menggunakan bahasa kiasan ini kepada lelaki, sila lihat dulu keadaan mereka. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.

2. Jika keadaan lelaki kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda.

3. Jika si dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen