Jangan Tanya 5 Soalan Ini Pada Pasangan Anda Selagi Belum Mempunyai Hubungan Yang Serius.

Oleh: Zuzu Yasmine

Percintaan itu seumpama adalah sesi perkenalan yang lebih mendalam antara dua jiwa. Dalam sesi ini bagaimana seseorang itu memberi komitmen adalah sangat penting. Hal ini adalah kerana, untuk mengetahui bagaimana sikap mereka apabila hubungan mereka itu menjadi satu hubungan yang serius. Hubungan yang serius yang dimaksudkan adalah hubungan yang mempunyai ikatan yang sah seperti pernikahan dan perkahwinan. Bagi yang masih dalam sesi perkenalan, anda seharusnya berhati-hati dalam menanyakan persoalan. Ia demi mengelakkan pasangan anda terasa hati. Mari ikuti soalan yang anda perlu elakkan.



1. Adakah kita akan berubah selepas berkahwin?

Jangan pernah menanyakan soalan seperti ini. Hal ini kerana, anda masih tidak tahu apa pengakhiran perhubungan anda itu. Jika anda menanyakan soalan seperti ini, ia hanya akan membuat pasangan merasakan anda hanya berpura-pura selama ini. Dan apabila anda dan dirinya mendirikan rumah tangga, anda akan menjadi seseorang yang lain. Itu adalah menakutkan bagi mereka.

2. Apakah penipuan?

Semua orang tahu apa itu maksud penipuan tetapi apabila dalam perhubungan, penipuan ini terbahagi kepada dua. Iaitu penipuan yang dibolehkan dan tidak. Jadi apabila soalan ini ditanya ia hanya akan membuat pasangan anda memandang anda seorang yang mudah menipu serta anda sangat meragukan. Kerana tidak semua orang dalam perhubungan akan menanyakan mengenai penipuan ini. Melainkan seorang penipu dan pernah ditipu.

3. Adakah mempunyai hutang?

Persoalan mengenai hutang sebenarnya agak sensitif. Di mana tidak semua orang ingin diketahui hutang mereka. Dan apabila pasangan anda berkata bahawa si dia mempunyai hutang. Tetapi anda pula akan menanyakan jumlahnya lalu merungut kerana takut bahawa dirinya tidak dapat menanggung anda apabila berkahwin nanti. Ia akan membuatkan dirinya menjauh dari anda.


4. Berapa banyak anak-anak yang anda mahu?

Jika anda mengajukan persoalan ini bermakna anda sedang mula merancang kehidupan anda. Bukan itu sahaja, jika anda menunjukkan bahawa anda mahu anak yang sedikit ini telah melahirkan sifat bahawa anda tidak suka akan kanak-kanak. Maka si dia akan beranggapan bahawa anda adalah seorang yang tidak penyayang. Walaupun bukan itu tujuan sebenar anda menanyakan soalan seperti itu.

5. Siapa yang akan melakukan kerja-kerja rumah?

Kerja-kerja menguruskan rumah adalah perlu dilakukan secara bekerjasama. Hal ini kerana, ia adalah tanggung jawab dua orang dan bukannya hanya seorang. Apabila soalan seperti ini diajukan, ia menunjukkan anda tidak mahu melaksanakan tanggungjawab malah ingin menyerahkan semua tugas kepadanya. Sedangkan niat sebenar anda hanya ingin membincangkan mengenai masa hadapan anda.

Soalan-soalan seperti ini hanya mendatangkan salah faham antara pasangan. Akibat salah faham itu, anda dan pasangan akan mula saling menjauh. Maka hubungan anda tidak akan berhasil. Namun, apabila anda sudah berada dalam ikatan yang sah, soalan ini hanya digunakan sebagai untuk merancang masa depan bersama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen