5 Cara-Cara Untuk ‘Move On’ Daripada Seseorang Yang Anda Minat Dalam Diam.

Ter-minat pada seseorang dalam diam kadang kala amat menyakitkan hati anda. Anda merasakan anda patut meluahkan perasaan, kerana jantung anda bagaikan mahu meletup, tetapi anda was-was. Berkemungkinan perasaan itu akan lega jika diluahkan, atau anda bakal disisihkan.

Jadi, anda mahu tahu bagaimana untuk tidak lagi memendam perasaan pada si dia, jom ketahui cara-cara di bawah…

1. Anda perlu tahu, kenapa anda minat pada si dia?

Jadi, kenapa anda minat pada si dia? Hanya kerana fizikal? Mata yang cantik, tinggi, senyuman yang menawan, rambut disisir rapi, tubuh badan mengiurkan? Percaya lah, jika anda minat seseorang hanya kerana fizikal, perasaan itu tidak akan tahan lama.



Jadi, bagaimana anda mahu tahu, perasaan itu tidak akan kekal lama? Jom ikuti langkah seterusnya.

2. Menjauhkan diri daripada si dia.

Bukan hanya menjauhkan diri secara bertemu atau fizikal, tetapi di sosial media juga anda perlu menahan diri daripada stalk mereka. Tidak perlu anda follow facebook si dia, mahu pun instagram, twitter, snapchat atau mana-mana sosial media.

Jika anda masih follow sosial media si dia, berkemungkinan anda hanya akan menatap mereka 24/7. Adakah anda tidak bosan atau tiada kerja lain? Cuba untuk menjauhkan diri beberapa minggu, lihat hasilnya.



3. Mengalih perhatian anda pada perkara yang lebih penting.

Setelah anda menjauhkan diri daripada si dia, dan tidak mengikuti perkembangan mereka di sosial media, pastikan anda mempunyai urusan penting untuk dilakukan. Jangan hanya kerana si dia, anda menutup mata pada dunia luar dan masyarakat.

Menghantar mesej pada ibu bapa anda setiap hari, bertanya khabar pada rakan baik, memberi makanan pada kucing-kucing di tepi jalan, libatkan diri dalam aktiviti kemanusiaan. Ini akan membuatkan anda sedar, betapa banyak aktiviti yang anda boleh lakukan tanpa mengingati pada si dia.



4. Jangan tergopoh-gopoh.

Ya, jangan tergopoh-gopoh untuk meluahkan perasaan anda pada si dia. Anda perlu ingat langkah pertama, kenapa anda meminati si dia? Adakah ia adalah suka semata-mata? Minat pada fizikal?

Atau anda sudah mula menyayangi mereka dan ingin berumah tangga dengan si dia? Adakah dia bakal jodoh anda?

5. Yang penting anda perlu menjadi kuat, terutama pada gadis atau wanita di luar sana. Jangan terlalu emosi dan terhegeh-hegeh pada si dia.

Jika semua langkah ini anda sudah lakukan, cuba lihat hasilnya. Adakah anda mampu melupakan si dia, dan perasaan semakin samar-samar? Sudah tentu ia adalah hanya minat dan suka semata-mata. Jika tidak jawapannya, tidak salah untuk mencuba meluahkan perasaan, tetapi anda perlu terima dengan hati terbuka, okay!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen