“Bantulah Isteri Atau Ibu Kerana Allah Pada Bulan Yang Mulia Ini..” –Pesan Ustaz Ebit Lew

Jom kita hayati kisah dan pesanan dari Ustaz Ebit Lew pada bulan ramadhan ini. Moga kita semua dapat ambil pengajaran.

“Bila Ramadhan saya terkesan lihat seorang abang saya dia akan bangun awal setiap hari siapkan sahur buat isteri dan anak-anaknya. Dia akan bangun solat tahajud beberapa rakaat dan minta pada Allah. Selepas itu dia kejutkan isteri dan anak-anaknya. Kerjanya agak jauh dan kerja berat. Selepas Solat Subuh berjemaah dia akan terus pergi ke tempat kerja. Semenjak hampir 14 tahun yang lalu.



Isterinya pula akan siapkan juadah berbuka puasa. Mereka akan sentiasa buat kerja sama-sama. Memandangkan keduanya bekerja. Selepas Tarawih malam mereka berdua akan kemas dapur bersama-sama. Sebelum itu mereka hidupkan amalan Ta'lim. Saling mencintai dan menyayangi satu sama lain. Tak pernah nampak bertengkar atau bermasam muka. Itulah kehidupan suami isteri. Saling bantu membantu dan saling mengasihi.

Orang yang menyediakan sahur dan berbuka puasa teramatlah besar nilainya di sisi Allah. Kita dapat pahala macam orang yang berpuasa. Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain.

Janganlah bulan Rahmat ini kita bebankan orang yang kita sayang. Ibu atau isteri kita setiap pagi bangun terkejut dan melompat. Dah bertahun..Berlari masak atau panaskan sahur. Berasap dapur pagi-pagi. Mana nak panaskan makanan dan air.

Selepas tu nak kejutkan anak. Ada yang 5 kali kena kejut. Ada yang 10 kali kejut. Kejut suami lagi 30 kali. Masing-masing bangun muka masam. Mata belum buka. Ada yang pandai komplen makanan. Anak-anak pula ada makanan dan minuman masing-masing. Sampai migrain seorang isteri atau ibu itu. Sampai sakit. Jom kita mudahkan buat orang kita sayang kerana Allah.



Ayuhlah kita bantu isteri atau anak-anak bantulah ibu. Sekali sekala buat giliran yang dewasa siapkan sahur dan berbuka. Atau sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Bulan penuh rahmat dan keampunan Allah. Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan sahur dan berbuka buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan puasa dan semua amal ahli keluarga.

Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Bantu isteri atau ibu kita kerana Allah. Jangan lupa jaga solat fardhu awal waktu berjemaah dan solat tahajud sebelum Subuh. Doa panjang -panjang sebelum buka puasa sangat makbul. Beri masa 10 minit ke 30 minit doa. Belajar berdoa dari hati- ya Allah sampaikan salam saya pada mak saya di sana. Ini puasa ramadhan saya yang pertama tanpa mak”



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen