5 Cara Untuk Mengekalkan Perkahwinan Yang Harmoni Seperti Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW dijadikan sebagai kiblat dalam kehidupan umat muslim, terutamanya dalam membina keharmonisan rumah tangga. Keromantisan baginda mampu untuk membuat hati isteri menjadi luluh. Dan ternyata rasa hormat dan kasih sayang terhadap isteri-isteri membuat beliau di segani.



1. Membukakan pintu untuk isterinya, baik di rumah atau di mana sahaja.

Dari Anas, dia berkata:"Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar). Aku lihat Nabi SAW menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di belakang beliau untuk Shafiyyah. Kemudian beliau duduk di samping untanya sambil menegakkan lutut beliau dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau sehingga dia bisa menaiki untu tersebut." (HR Bukhari)

2. Berkongsi makanan dan minuman dari pinggan/gelas yang sama.

Dari Aisyah RA, ia berkata:"Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haid, lalu Nabi SAW mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu beliau minum." (HR Abudrrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada dari Muslim)



3. Menyayangi dan melayani isteri dengan baik.

Dari Abu Hurairah, dia berkata: "Rasulullah bersabda: "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya."" (HR Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hadist Hasan Shahih)

4. Tidak menyinggung perasaan isteri.

"Sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan isterinya dan begitu pula dengan isterinya, maka Allah memperhatikan mereka dengan penuh rahmat, manakala suaminya merengkuh telapak tangan isterinya dengan mesra, berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu dari sela jemarinya." (Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi dari Abu Said Alkhuridzi RA)



Selain daripada itu membantu pekerjaan rumah. Aisyah RA pernah ditanya: "Apa yang dilakukan Nabi SAW di rumahnya?" Aisyah RA menjawab: "Beliau ikut membantu melaksanakan pekerjaan keluarganya." (HR Bukhari)

5. Meredakan kemarahan isteri dengan mesra.

Suatu hari Aisyah RA kelihatan begitu marah tidak tahu apa sebabnya lalu Rasulullah SAW memicit manja hidung Aisyah RA, kemudian berkata: "Wahai  Aisy, bacalah doa: "Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkan kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan."" (HR Ibnu Sunni)



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen