Jika Mahu Bakal Suami Yang Baik, Anda Perlu Lihat 4 Perkara Ini.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Encik Mat atau Muhammad Ahmad berkongsi cerita tentang alam perkahwinan di alam realiti dan bukan fantasi semata-mata. Ini kerana, zaman sekarang terlalu ramai gadis-gadis terpengaruh kuat pada novel dan drama televisyen yang sangat tidak masuk akal.



Untuk memilih jodoh, terutamanya si gadis untuk memilih bakal suami, jangan cepat tergoda dan terpengaruh dengan janji-janji manis si lelaki seperti drama televisyen. Jadi jom kita sama-sama hayati nasihat ini di bawah ini.

“Walau 10 tahun kita kenal pasangan kita belum tentu kita kenal dia luar dalam seperti lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin, berjanji setia, belum tentu selepas kahwin dia kotakan janjinya”.

Ini pesanan Encik Matt buat gadis dalam memilih calon suami.



Sebelum kahwin ini biasanya akan dijanjikan oleh lelaki yang membuatkan semua wanita percaya:

Akan menjadi suami BERTANGGUNGJAWAB.

Akan menjadi suami PRIHATIN.

Akan menjadi suami PENYAYANG.

Akan menjadi suami MITHALI.

Namun sebaliknya SESETENGAH isteri dapat. Semua di atas itu hilang setelah kahwin bertahun-tahun.



Mula menjadi suami yang PEMARAH.

Mula menjadi suami yang ABAIKAN banyak perkara.

Mula menjadi suami KAKI LEPAK WAKTU MALAM.

Mula menjadi suami IKUT PERANGAI LAMA.

Mula menjadi suami KAKI PUKUL, KAKI MAKI HAMUN.



“Pesan saya kepada anak gadis. Jika mahu lihat bakal suami kamu itu baik. Bukan janji-janji dia, tetapi..”

1. Lihatlah waktu malam di berada di mana?

2. 5 waktu solat dimana si dia berada?

3. Selepas maghrib apa yang si dia lakukan?

4. Satu tahun berapa kali si dia dapat khatam Al-Qur’an?

Kerana itu pentingnya agama di dalam sesebuah perkahwinan untuk menghasilkan keluarga yang baik dan bahagia. Sudah tentu ia bermula daripada ketua keluarga atau imam anda sendiri. Dan pesanan terakhir Encik Matt “Jangan jadi wanita yang malang”. Kerana wanita yang malang itu adalah wanita yang tersalah memilih suami.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen