Tanda-Tanda Pasangan Anda Seorang Yang Boros.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita sudah sedia maklum bahawa memiliki sembilan nafsu dan satu akal. Oleh itu, setiap tindakan mereka ini akan sentiasa berada di luar kawalan. Terutama apabila melihat wang yang banyak di hadapannya. Sehinggakan dalam masa satu hari wang itu boleh dihabiskan.



Mari kenali adakah pasangan anda seorang yang boros ataupun tidak.

1. OKS (orang kaya sehari).

Ini berlaku apabila tibanya hari si dia dapat gaji. Sekiranya si dia menghabiskan satu pertiga atau lebih, daripada gaji yang diperolehnya untuk membeli benda-benda kehendak (selain membayar bil, kereta, rumah), maka dia seorang yang boros. Sekiranya dia mempunyai perancangan kewangan yang baik sehingga ke hujung bulan, tidak mengapa. Yang membimbangkan adalah di hujung bulan nanti menangis tak berlagu sahaja.

2. Kehendak melampaui keperluan.

Sebagaimana yang kita tahu, keperluan adalah sesuatu yang penting dan diperlukan manakala kehendak adalah sesuatu yang tidaklah penting dan ianya hanya kemahuan mengikut nafsu. Sebagai contoh, sekiranya si dia sudah memiliki telefon pintar, yang mana boleh dikategorikan sebagai keperluan, kemudian mahu membeli telefon baru. Itu sudah dikira kehendak kerana membeli sesuatu yang sudah ada. Awasi perbelanjaan pasangan anda, terutamanya pasangan belum berkahwin, risau nanti terbawa-bawa selepas kahwin.


3. Boros membeli makanan

Biasanya boros dalam bab makan ni perempuan la kan. Pantang nampak tempat-tempat makan viral, pasti nak dicubanya. Boros makan ni sebenarnya tidaklah seteruk boros berbelanja selain makanan kerana makanan juga boleh membantu mengurangkan stress seseorang. Meskipun begitu, ianya tetap menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang boros.

Apabila anda memiliki wanita seperti ini, anda perlu bijak untuk mengawal nafsu mereka. Biasalah wanita ini bukannya seorang yang berfikir panjang. Apabila sesuatu perkara terjadi barulah si dia menyesali.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen