Adakah Anda Tahu Mengapa Anda Cemburu Akan Bekas Kekasihnya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa cemburu itu perkara biasa dalam perhubungan. Dan setiap pasangan akan melalui perkara itu. Tapi rasa cemburu terhadap hubungan lalu pasangan adalah satu perkara yang sering sangat berlaku. Ia seolah-olah akan menghantui diri pasangan yang baru itu. Sehinggakan mereka ini sanggup menyerang bekas kekasih pasangannya itu. Sedangkan masing-masing telah move on.



Ini sebab-sebab anda merasakan terlalu cemburu pada hubungan lalu si dia.

1. Anda banyak menghabiskan masa memikirkan tentang dia dan apa yang telah dilakukannya bersama pasangan anda sebelum ini.

2. Anda merasakan pasangan anda membandingkan hubungannya kini serta hubungannya pada masa lalu. Anda rasa tercabar.


3. Anda membangkitkan sesuatu yang berkaitan dengan hubungan masa lalu sambil ketika sedang berbual tentang hubungan anda atau perselisihan faham. Sekiranya ia muncul secara semula jadi dalam perbualan, tidak mengapa, tetapi jika anda membawanya sebagai ukuran untuk sesuatu, hubungan anda tidak akan bertahan lama.

4. Anda sentiasa membayangkan senario gila di mana mereka diam-diam berhubung antara satu sama lain dan merancang membuat pertemuan secara senyap-senyap di belakang anda.

Adakah sukar untuk menghilangkan rasa cemburu hubungan lalunya dalam perhubungan anda? Anda perlu mengawal perasaan ini ataupun anda akan membuatnya pergi meninggalkan anda? Ya anda boleh. Walau bagaimanapun, ia tidak akan mudah dan memerlukan banyak komitmen dan masa dari pihak anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen