Tanda-Tanda Si Dia Bersedia Untuk Mengahwini Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah menjalinkan perhubungan yang terlalu lama, sehinggakan anda telah memahami setiap hati budi dan tingkah laku dirinya. Kini si dia merasakan anda perlu menjadi seseorang yang sentiasa di sisinya tidak kira ketika susah mahupun senang. Dan pada ketika itu, si dia benar-benar rasa bahagia dengan kehadiran anda dalam hidupnya. Segala dugaan dan permasalahan dalam perhubungan berjaya anda dan dirinya lalui. Jadi pasti dirinya akan merasakan anda adalah orang yang perlu dikahwini.



Tapi bagaimana pula anda untuk mengenali tingkah lakunya yang sudah bersedia untuk menjadikan anda yang halal buat dirinya. Mari ikuti tanda-tanda ini.

1. Dia melihat anda dengan cara yang berbeza.

Pada ketika ini, anda akan melihatnya dengan cara yang berbeza. Cara mereka melayani dan memandang anda juga turut berbeza. Ia seolah-oleh begitu kagum dan melindungi anda. bukan itu sahaja, si dia juga memberikan yang terbaik untuk anda agar anda merasa senang dengan dirinya.

2. Dia kelihatan lebih teruja.

Bukan itu sahaja, apabila si dia sudah mengambil keputusan untuk memilih anda. Anda akan lihat dirinya begitu yakin dan sedikit teruja. Mereka ini teruja kerana sudah mula merasai hidup bahagia dengan anda. Dan paling penting teruja mencipta matlamat pada masa hadapan bersama-sama anda.


3. Mengajak anda untuk melihat barang kemas.

Apabila si dia sudah mengajak anda untuk melihat barang kemas, ia merupakan satu isyarat yang mereka ini mengajak anda untuk berkahwin. Sama ada lelaki mahupun perempuan akan menggunakan isyarat ini.

4. Mengenal pasti setiap cita rasa anda.

Si dia sudah mampu mengenali setiap perkara yang anda suka dan tidak. Bukan itu sahaja, dari segi pemilihan pakaian dan warna juga turut si dia fahami. Jadi si dia betul-betul telah menganggap anda sangat penting dalam hidupnya.

Seseorang itu perlu mengambil masa untuk bersedia dalam mengambil keputusan untuk berkahwin. Jadi sebagai pasangan yang memahami, anda seharusnya memberi dirinya ruang untuk membuat keputusan. Bukannya mendesak dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen