Kenapa Perlu Serius Memilih Pasangan Yang Baik?

Memilih pasangan dengan hanya memerhatikan pakaian tidak mencukupi. Kerana dengan pakaian ia boleh menjadi topeng kepada seseorang. Pakaian itu dijadikan untuk menutup kekurangan yang ada. Ya. Memang perlu memilih pasangan yang menutup aurat, tetapi lihat juga kriteria lain bagi memastikan dia adalah pasangan yang baik mahupun tidak.

Dalam menempuh alam rumah tangga, pastinya kita tidak terlepas melakukan kesilapan. Begitu juga dengan pasangan. Tetapi apabila seseorang mempunyai keimanan yang mantap, dia dapat menghadapi masalah tersebut dengan tenang dan bukan menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah itu.



Memilih pasangan yang baik membuatkan setiap pasangan dapat memahami tanggungawab masing-masing sebagai seorang suami dan isteri. Suami perlu bekerja mencari nafkah dan membantu urusan rumah tangga. Isteri pula menguruskan anak-anak sambil membantu suami bagi membereskan keperluan mereka.

Apabila dapat bersama dengan pasangan yang baik, menjadikan kita lebih bersemangat untuk menunaikan ibadah. Ada geng untuk ke majlis ilmu, ada geng untuk solat bersama-sama, ada geng melakukan kebaikan. Begitu juga dengan ibadah dalam rumah tangga iaitu bersuka ria dalam hidup berumah tangga. Baru ada syok hidup bersama.


Mendapat pasangan yang lebih suka mementingkan diri sendiri berbanding orang lain akan menyebabkan emosi seseorang sangat terganggu. Mahu minta pertolongan, langsung tak dipedulikan. Bila menghadapi kesulitan atau sakit, dia buat endah tak endah. Bagaimana keadaan apabila berhadapan dengan situasi begini? Sudah tentunya menyerabutkan lagi keadaan bukan?

Jadi, buatlah pilihan yang bijak untuk memilih pasangan. Jika berkahwin hanya untuk bersuka ria, lupakan saja niat tersebut untuk membina rumah tangga. Kelak akan menyesal tak sudah. Bertambah masalah dan bikin sakit hati. Pilihlah pasangan yang komited untuk hidup bersama. Bila susah dia boleh bantu, bila senang dia penyeri suasana.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen