5 Tanda Seorang Wanita Itu Bukan Isteri Yang Baik. Hati-Hati!

Apakah perkara yang dilakukan oleh seorang isteri yang tidak menghargai, menghormati suami dan hanya tahu merungut sahaja? Jom ketahui antara tanda-tanda seorang wanita itu adalah bukan isteri yang baik.

1. Anda selalu meminta-minta yang memaksa.

Bukan semua orang berkemampuan dan kemampuan mereka pasti berbeza. Jika sudah ditakdirkan suami anda hanya mampu menaiki motosikal, naik saja bersama si dia kerana itu sahaja yang si dia mampu.

Masalah yang timbul sekiranya, si isteri meminta-minta sesuatu yang di luar kemampuan suami sehinggakan suami terasa kecil hati kerana tidak mampu menyediakan permintaan isteri.



2. Anda gemar berkongsikan hal rumahtangga pada kawan-kawan dan sosial media.

Sudah menjadi trend si isteri gemar pula berkongsi masalah rumah tangga di sosial media. Apabila ada masalah dengan suami, jika dirasakan tidak dapat berkomunikasi dengan suami, orang yang paling layak didekati adalah ibu suami atau adik-beradik suami.

Tetapi terus mendedahkan kepincangan keluarga sendiri dalam sosial media yang merupakan satu perbuatan tidak bermaruah.



3. Anda sering merasakan yang suami berikan tidak cukup.

Jangan sesekali membandingkan hidup anda dengan wanita lain yang telah berkahwin. Rezeki orang semua berbeza. Jika terlihat sahabat candle light dinner sempena ulang tahun ke 3 perkahwinan, si isteri pasti mahukan sesuatu yang lebih kurang sama.

Di rumah pula mulut sering terkumat kamit kecil, tidak cukup ruang, tidak selesa dan komen-komen yang sebenarnya menghiris hati suami.



4. Anda sering membayangkan hidup tanpa suami akan lebih baik.

Semakin lama semakin ramai wanita berstatus janda yang mengaku hidup tanpa suami lebih indah dan ramai akan terikut lalu menyimpan hasrat sama. Mungkin kerana terlalu kecewa terhadap sikap lelaki atau mungkin juga merasakan suami adalah pengacau kepada kebahagiaan dia.

Jadi menyimpan hasrat untuk bebas daripada suami yang lama kelamaan akan membuatkan isteri memberontak dan akhirnya meninggalkan tanggungjawab.

5. Anda rimas terkongkong dengan status isteri.

Hanya dengan kerjaya yang tinggi, berpendapatan tinggi sehingga menanggung si suami, wanita berjaya diangkat tinggi dan dijulang sebagai ikon masyarakat. Ini akan membuatkan status mereka sebagai isteri dan ibu hanya mengongkong mereka untuk lebih berjaya sahaja, kerana tertekan untuk menguruskan hal rumah tangga.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen