Seorang Lelaki Berkongsi Cerita “Tidak Kisah Menjadi Selekeh, Tapi Cerah Masa Depan”…

Kadang-kala masyarakat melayu apabila memandang orang lain dari kebiasaan, mesti terus pandang 360 darjah. Walhal, mereka tidak tahu background dan asal usul si dia. Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, buat wanita atau gadis di luar sana, biar pakwe selekeh, low profile, pakai pun simple tapi sebenarnya...



“Selekeh betul awak ni, pakai la smart sikit. Baju pun pakai baju bundle””

“Awak dating dengan saya pakai selipar je? Selekeh betul la!!”

“Malu la saya kapel dengan awak ni. Selekeh gila. Tak pandai bergaya langsung. Mula hari ni kita putus!!”

Pakwe selekeh ni dia seorang yang low profile, pakai pun simple-simple je. Tak suka bergaya. Sebenarnya…



1. Dia banyak duit, pakai baju bundle pun tak apa..

2. dia ada banyak simpanan malah tidak membazir membeli barang yang bukan-bukan…

3. Dia ada matlamat yang jelas dan tidak menggunakan duit PTPTN untuk pergi travel…

4. Dia tidak minat membeli kereta yang mahal, cukup membeli kereta second hand…

5. Malah dia tak berminat membeli gadget mahal seperti iphone…



Masa depan nanti, teman lelaki yang anda anggap selekeh akan lagi kaya daripada yang lebih kacak bergaya tu. Mungkin teman lelaki anda nampak kaya, segak dan bergaya, tetapi hanya kaya dengan hutang piutang sahaja.

Setiap bulan sering membayar hutang di bank sahaja. Biar papa asalkan bergaya adalah motto teman lelaki anda. Tetapi teman lelaki selekeh ni, mana anda tahu dompet si dia selekeh atu tidak bukan? Lelaki ini kurang berbicara, dalam diam-diam sudah ada simpanan ASB dan Tabung Haji.

Berkemungkinan teman lelaki anda nampak bergaya, dan memiliki dompet yang berjenama, tetapi isi di dalam? RM200 pun tidak kelihatan. Harapkan jam yang mahal? Tetapi setiap kali dating dengan sering datang lambat. Harapkan kereta mewah? Tetapi setiap bulan dia akan meminta wang untuk anda bayarkan dahulu.



Tidak lah selekeh sehingga adanya bau badan, gigi tidak bergosok, baju tidak di basuh, seluar koyak rabak hingga aurat nampak dengan jelas. Tetapi teman lelaki anda, selekeh yang kasual, sempoi dan tidak mementingkan kebendaan. Pakaian bersih, pakai apa pun janji selesa dan menutup aurat.

Jadi, jangan menilai orang masa sekarang. Mungkin dia dalam lima tahun akan datang lebih dia kaya daripada orang lain. Ketika itu jangan pula anda mahu minta couple dan merayu pada si teman lelaki anda yang selekeh itu. Hehe...



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen