Tanda-Tanda Hubungan Anda Bakal Berakhir.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencintai dan menjalinkan hubungan dengan seseorang juga mempunyai tarikh luputnya. Di mana apabila anda rasa anda tidak memerlukan dirinya lagi. Itu lah yang dipanggil tarikh luput. Tapi anda tidak tahu waktu bila perkara seperti itu akan berlaku. Hal ini kerana, anda tidak tahu jalan hidup anda yang telah diaturkan, terutama sekali mengenai jodoh. Pelbagai kemungkinan akan berlaku dalam perhubungan kalian tanpa anda sedari.

Anda mungkin dapat merasakan hubungan anda sudah tidak seperti dahulu. Apa kata anda lihat tanda-tanda yang berlaku dalam hubungan yang bakal berakhir. Mana tahu anda masih mempunyai masa untuk menyelamatkan hubungan tersebut.

1. Kekurangan komunikasi.

Jika anda sudah kurang berkomunikasi antara satu sama lain, ini adalah masalah yang besar. Di mana anda sememangnya akan kehilangan dirinya. Komunikasi ini amat penting kerana ia yang membuat hubungan itu bertambah erat dan terikat. Jika anda masih sayang akan dirinya, mulakan komunikasi untuk menarik dirinya semula.

2. Menyimpan seseorang dalam hati.

Hati hanya satu dan ia mampu diserahkan kepada seorang sahaja. Jika anda menyimpan seseorang di dalam hati, ia akan mengakibatkan anda kurang memberikan tumpuan kepada pasangan anda. Tetapi sebaliknya melebihkan seseorang yang di dalam hati anda. Jika anda merasa sakitnya menaruh harapan kepada seseorang begitu juga pasangan anda jika si dia mengetahuinya.

3. Mengharapkan sesuatu yang lebih dari pasangan.

Anda tidak boleh terlalu banyak berangan dan berimaginasi tinggi terhadap pasangan anda. Cuba lihat diri anda, bagaimana? Begitu jugalah pasangan yang anda peroleh. Jangan mengharapkan sesuatu yang lebih dari pasangan kita. Hal ini kerana, pasangan kita itu adalah cerminan kita.

4. Konflik yang tidak diluahkan.

Dalam perhubungan ini mempunyai pelbagai konflik yang akan terus berputar tanpa berhenti. Dan pelbagai konflik yang berlaku tidak dapat diluahkan secara mudah. Tapi apabila diluahkan ia akan menjadi satu pergaduhan yang panjang. Tapi apabila disimpan, rasa sayang itu semakin hilang. Jadi hanya perpisahan sahaja untuk pilihan.

5. Kerap mengungkit.

Apa yang kita lakukan untuk pasangan kita perlulah ikhlas tidak kira lah walaupun kita berada dalam keadaan terpaksa untuk melakukan itu. Bukan itu sahaja, setiap kesalahan pasangan juga perlu dilupakan agar tidak menjadi ungkitan setiap kali pergaduhan. Tapi jika pasangan anda sudah mula mengungkit setiap perkara yang dilakukan, maka si dia sudah benar-benar tawar hati dengan perhubungan anda.

Perpisahan itu berlaku kerana hilangnya rasa sayang ataupun, tawarnya hati terhadap pasangan. Itu pun jika tidak membabitkan orang ketiga. Di samping itu juga, bagaimana caranya anda mengawal perhubungan anda juga. Apa-apa pun semuanya bergantung pada diri anda sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen