Ikhtiar Yang Boleh Dilakukan Bagi Menjemput Jodoh Di Bulan Ramadhan.

Satu kerisauan bagi mana-mana yang belum mendapat jodoh apabila ditanya mengenai hal tersebut ketika menjelangnya hari raya Aidilfitri kelak. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan diberkati. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk berikhtiar sebaik mungkin dengan harapan agar Allah memakbulkan permohonan untuk dipertemukan jodoh. Antara yang boleh dilakukan sewaktu bulan Ramadhan adalah:



1. Memperbaiki diri.

Banyak kajian yang menyatakan bahawa untuk mengubah sikap seseorang, dia perlu menjalani kehidupan yang baik secara berterusan selama 40 hari. Jadi, apa kata kita gunakan kesempatan ini untuk menjadi lebih baik. Mana tahu dengan perubahan tersebut, ada yang terpikat nanti. Mudah-mudahan.

2. Doa.

Berdoalah pada waktu-waktu mustajab. Misalnya sebelum berbuka puasa sambil menantinya panggilan azan, berdoa disepertiga malam. Selain itu mintalah doa daripada orang soleh dan orang susah. Tidak lupa juga, doa ibu ayah. Tentunya doa mereka tiada hijab. Apapun, sebelum itu mintalah maaf atas kesalahan yang dilakukan sebelum ini kepada ibu ayah.

3. Bersedekah.

Sedekah dapat membuka pintu rezeki. Rezeki bukan pada makanan, wang, kesihatan sahaja. Jodoh juga adalah salah satu bentuk rezeki. Jadi, siapa dan dimana pun anda berada, sediakan wang dan hulur kepada siapa sahaja. Jika anda menghulurkan secara personal kepada seseorang, minta dia doakan untuk anda. Ingat, doa orang yang didalam kesempitan amat dimakbulkan Allah.

4. Tahajud.

Lakukan secara konsisten solat sunat tahajud. Berusahalah sebaik mungkin untuk bangun mengerjakan solat malam walaupun dua rakaat. Buat solat hajat saja pun tidak mengapa pada awal-awal melatih diri untuk solat malam, kemudian bangun sebelum bersahur. Mudah kan? Nanti terus saja bersahur dan menjalani rutin seharian.


Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jadi, pilihan itu terletak pada anda. Apapun perlu ingat, kita punya rancangan, dan Allah juga mempunyai rancangan yang tersendiri. Pastinya rancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Andai kata belum lagi bertemu jodoh setelah ini, tidak mengapa. Mungkin Allah ada rencana terbaik buat kita. Yang pasti, perlu berusaha terlebih dahulu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen