Kenali Pasti Empat Perkara Ini Dahulu Sebelum Libatkan Diri Dalam Perhubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan itu masing-masing mempunyai tanggungjawab dan bahagiannya yang tersendiri. Di mana mereka akan saling melukakan atau saling mencintai. Bukan itu sahaja, ia juga melibatkan siapa paling terluka dalam satu hubungan itu. Jadi sebelum anda menjalinkan hubungan, anda perlu tahu apa yang anda mahu dan siapa yang anda mahu.

Jangan apabila telah melibatkan diri dalam hubungan itu, anda menyesalinya. Mungkin ada yang lebih baik datang kepada anda. Jadi mari kenali dahulu empat perkara ini.

1. Anda tidak boleh memaksa seseorang menyukai anda.

Setiap orang mempunyai satu hati, tetapi mereka ini hanya mampu memberi satu hati kepada orang yang mereka mahu. Dan kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk menyukai kita dengan apa cara sekali pun. Mungkin anda akan memperolehnya dengan cara yang tidak sepatutnya tapi ingat, anda hanya mampu memiliki tubuhnya bukan hatinya.

2. Apabila anda jatuh cinta anda akan merasainya.

Saat paling indah ketika mengenali seseorang apabila jatuh cinta padanya. Di mana anda akan merasai cinta itu hadir. Dan tanpa anda sedar juga, bagaimana anda mampu mencintai seseorang itu begitu dalam sedangkan ia memiliki banyak kekurangan yang anda tidak sukai.

3. Perlu mencintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai yang lain.

Sebelum belajar mencintai seseorang, anda perlu belajar untuk mencintai diri anda sendiri. Hal ini akan menyebabkan anda akan lebih menghargai diri sendiri berbanding orang lain. Dan anda juga tidak akan membutakan mata anda hanya kerana cinta.

4. Anda tidak boleh menghalang seseorang mencintai anda.

Cinta itu hadir tanpa paksaan. Ia boleh jadi cinta pandangan dirinya sehingga si dia bersungguh-sungguh mahukan anda. Tidak pun, diri anda begitu sempurna di matanya hingga membuatkan si dia jatuh cinta akan anda tanpa tujuan. Hal ini kerana, anda tidak boleh menghalang seseorang itu untuk mencintai anda. Walaupun anda tidak mencintai dirinya.

Jadi ketahui dahulu perkara ini, sebelum anda memaksa seseorang untuk mencintai anda ataupun menghalang seseorang dari mencintai anda. Bukan itu sahaja, sebelum anda merasai saat jatuh cinta akan seseorang, lebih elok jika anda mencintai diri anda dahulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen