Mengapa Wanita Mudah Jatuh Cinta?

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita dikatakan terlalu mudah untuk memberi hatinya kepada seorang lelaki. Walaupun lelaki itu baru sahaja dikenali. Sebab itulah mereka ini sering terluka apabila cintanya tidak dibalas. Bukan itu sahaja, mereka juga sering bertepuk sebelah tangan dalam perhubungan. Jadi mereka akan mula takut untuk mendekati lelaki lagi kerana ditakuti akan kecewa lagi.

Tapi apa yang menyebabkan wanita ini mudah jatuh cinta? Adakah kerana lelaki yang mendekati dirinya itu mempunyai kelebihan dan ciri-ciri lelaki yang mereka sukai. Mari kenali punca seseorang wanita itu mudah untuk jatuh cinta.

1. Mudah cair apabila diberi perhatian.

Wanita ini sangat lembut dan mudah sensitif. Jadi apabila seseorang lelaki memberikan perhatian kepadanya, ia bagaikan rasa dijaga oleh seseorang. Dan mereka merasakan lelaki itu telah berjaya dipikat walaupun hakikatnya lelaki itu menganggap ia sebagai rakan. Dan mereka ini juga sebenarnya teramat lah suka jika diberi perhatian.

2. Mudah menerima harapan.

Lelaki adalah seseorang yang suka memberi harapan, manakala wanita pula mudah untuk menerima harapan. jadi ia teramat mudah untuk seseorang wanita itu jatuh cinta terhadap seseorang yang sentiasa memberi harapan. Jika bukan harapan yang diberi, ia pasti sebagai satu ‘hint’ untuk wanita itu jatuh cinta kepadanya.

3. Terasa dihargai.

Selain inginkan perhatian, wanita juga mahu rasa dihargai. Oleh itu, apabila seseorang begitu menghargai dirinya pasti mereka ini dengan mudah memberi hati mereka kepada orang tersebut. Walaupun, mereka tahu mereka akan kecewa pada akhirnya kerana cinta yang diberi itu tidak akan sambut.

4. Mudah terperdaya.

Tiada apa lagi yang dapat dikatakan, mereka ini sebenarnya terlalu naif dan mudah terperdaya dengan kata-kata lelaki yang menghampiri mereka. Sehingga mereka tidak tahu adakah lelaki itu benar-benar menyukai dirinya mahupun tidak. Dan mereka juga percaya dengan apa yang lelaki itu katakan.

Jangan pernah salahkan wanita kerana mereka ini mudah jatuh cinta dengan seorang lelaki. Tetapi salahkan keadaan yang mudah membuat mereka percaya akan lelaki itu. Bagi seorang wanita, setelah jatuh cinta mereka akan setia dan akhirnya akan kecewa apabila cinta mereka ditolak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen