Romantik Bukan Antara Sebab Utama Pasangan Itu Bahagia.

Kita perlu berpijak di bumi yang nyata, bersikap romantik pada pasangan tidak semestinya pasangan itu sentiasa bahagia. Lelaki yang romantik sudah tentu sentiasa di gelar sweet talker, tetapi wanita yang romantik pula adalah apabila mereka sentiasa mengingati pasangan mereka.



Kadang-kala, anda yang bercinta sering salah faham pada romantik. Romantik hanya lah satu perasaan sementara untuk memercikkan kembali api cinta. Romantik tidak mampu untuk berkekalan, tetapi keserasian adalah aspek yang penting dalam mengekalkan hubungan.

Anda perlu membina hubungan yang serasi, tidak kira ketika anda berdua  susah atau senang. Adakah ia memerlukan perasaan romantik ketika ini? Sudah tentu tidak. Anda bukan lagi hidup seperti Cinderella di alam fantasi, dan jika anda dalam kesusahan akan dibantu oleh pari-pari.

Tidak. Anda dan pasangan perlu bangun, untuk menghasilkan hubungan di alam realiti. Tentu sakit jika sudah lama hubungan terjalin, tetapi masih lagi belum serasi.



Anak muda yang berkahwin awal pasti salah faham apabila terlalu didedahkan dengan drama televisyen dan sosial media, apabila semua pasangan bercinta kelihatan begitu romantik. Jangan terpedaya apa yang kita tonton, kerana tiada siapa mahu menunjukkan kelemahan dan keburukan pada orang ramai.

Hubungan yang terjalin, perlu lah menghubungkan segala emosi dari segi fizikal mahu pun mental, bukan hanya fizikal semata-mata. Pasangan yang naïf, sentiasa salah sangka bahawa hubungan untuk fizikal semata-mata dan berpegangan mampu mengekalkan hubungan. Ternyata salah.

Mereka ternyata masih salah, jika menganggap pasangan itu bahagia apabila jantung berdegup kencang apabila bertentangan mata. Mereka sama ada keliru atau ragu-ragu dengan hormon masing-masing.

Romantik bukan antara salah satu sebab utama pasangan boleh menjadi bahagia, kerana pasangan bahagia itu mampu berkongsi segala pendapat antara satu sama lain…



Pasangan yang bahagia kerana selesa antara satu sama lain, sama ada melakukan aktiviti atau pun tidak…

Anda pasangan yang bahagia, kerana anda berdua tiada lagi simptom kecelaruan dalam meluahkan perasaan…

Malah anda berdua pasangan yang bahagia yang tidak semestinya mahu meluangkan masa bersama selama 24/7 kerana masing-masing mempunyai komitmen untuk diuruskan…

Walaupun anda berdua berjauhan, anda masih lagi percaya pada pasangan, dan itu adalah tanda kebahagiaan…

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen