Lima Punca Si Dia Putuskan Perhubungan Dengan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ditinggalkan atau diputuskan secara tiba-tiba tanpa ketahui kesalahan diri adalah satu perkara yang menyakitkan bagi sesiapa sahaja. sehinggakan diri tercari-cari di mana silapnya dalam perhubungan sehingga diperlakukan sebegitu. Cuba untuk memujuk dirinya juga bagaikan tidak berguna apabila si dia sekeras-kerasnya tidak mahu memperbaiki perhubungan kalian. Akhirnya, tinggal anda bersendirian dan masih tercari-cari di mana silap yang harus diperbaiki. Kesalahan itu boleh berlaku dari dua pihak, sama ada dari anda atau dirinya.



Mari kita lihat punca-punca perpisahan yang selalu terjadi dalam perhubungan percintaan.

1. Rasa bosan.

Apabila bercakap mengenai rasa bosan, ia pastinya membabitkan satu perhubungan jangka masa yang panjang. Di mana masing-masing sudah tidak menunjukkan rasa teruja dalam perhubungan. Jadi masing-masing tidak berusaha untuk membuang rasa bosan itu walaupun mereka sendiri tahu akan perkara itu. Dan akhirnya mengambil keputusan tidak sefahaman apabila hendak memutuskan hubungan.

2. Tidak sensitif terhadap perhubungan.

Setiap orang yang melibatkan diri dalam percintaan perlu tahu setiap tindakan yang akan dilakukan. Dan tindakan yang diambil itu tidak boleh menyakiti hati sendiri mahupun pasangan. Tetapi dengan mengetepikan rasa sensitif terhadap perhubungan akan mengakibatkan salah seorang terluka. Setelah terluka, masing-masing tidak mahu kembali bersama.

3. Jatuh cinta dengan orang lain.

Kadang-kadang diri sendiri begitu tidak pasti adakah dirinya begitu mencintai pasangannya. Tapi apabila hadir orang lain di dalam hidupnya, dan dirinya tidak mahu menepis perasaannya itu. Maka terjadilah hubungan cinta tiga segi ataupun, pasangan curang di belakangnya. Apabila tertangkap maka, perpisahan juga sebagai pilihan.


4. Anda bukan jenisnya.

Bercinta ini kadang-kadang bagaikan satu percubaan untuk mencari pasangan yang serasi ataupun tidak. Jadi apabila anda tidak mempunyai ciri-ciri seperti yang diinginkan, anda akan ditolak ke tepi. Begitu juga dengan diri anda. Seboleh-bolehnya anda mencari seseorang yang betul-betul memenuhi ciri idaman anda.

5. Rasa tidak ada tujuan perhubungan.

Setelah lama menjalinkan hubungan cinta, serta sudah bertahun bersama-sama tapi akhirnya masing-masing sedar bahawa perhubungan itu tidak mempunyai arah yang serius. Ia seolah-olah hubungan yang hanya menghabiskan masa lapang dan rasa perlukan teman.

Sebelum membuat keputusan untuk bercinta, jangan lupa mempersiapkan diri anda sebetul-betulnya. Hal ini demi mengelakkan anda untuk tidak rasa kecewa begitu juga pasangan anda. Hal ini kerana, perhubungan itu melibatkan dua orang bukannya seorang diri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen