Baju kurung adalah pakaian tradisi masyarakat melayu. Baju ini juga turut tersebar dibeberapa tempat di Indonesia kerana kebersamaan adat dan budaya yang diamalkan. Jika sekarang, baju melayu hanya dipakai sewaktu menhadiri majlis-majlis formal sahaja. Sedangkan baju melayu ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mata seorang lelaki. Kenapa?
1. Tampak sopan.
Dengan memakai baju kurung yang sedikit longgar, menjadikan si pemakai kelihatan sangat sopan dan anggun. Ditambah pula dikenakan dengan tudung yang bersesuaian, menaikkan seri wajah wanita tersebut.
2. Tampak seorang yang menjaga adab.
Manusia selalunya menggunakan first impression dalam menilai seseorang. Apabila wanita mengenakan baju kurung, dia sering dikatakan seorang yang menjaga adab. Walaupun indah kabar dari rupa, itu tidak menjadi masalah. Sebab, kadang kala pakaian juga menyebabkan seseorang malu untuk melakukan hal-hal yang tidak sopan.
3. Tampak sederhana.
Sebenarnya baju kurung sesuai dikenakan dimana sahaja asalkan bukan memerlukan aktiviti lasak. Baju kurung menjadikan seseorang itu tidak terlalu mewah dan tidak terlalu kolot. Cumanya perlulah disesuaikan dengan corak semasa. Ketika ini, motif yang sesuai untuk digayakan adalah corak bunga kecil dan penggunaan kain jenis cotton.
4. Mengekalkan identiti melayu.
Baju melayu sudah terkenal dari zaman dahulu kala. Jika dipakai di luar negara, sudah tentunya menarik perhatian umum kerana si pemakai kelihatan cantik dan ayu. Jadi, tidak hairanlah orang putih, orang cina pun tertarik untuk memakai pakaian tradisi ini. Orang luar negara pun pakai, kenapa kita nak segan pakai. Kan?
So, lepas ni boleh tanyakan kepada pasangan anda. Betul ke baju kurung dapat menarik perhatian mereka? Nampak sopan dan cantik? Kalau ya, bolehlah banyakkan stok dan pakai apabila bertemu nanti. Hehehe
Tinggalkan Komen