Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Lelaki Ketika Wanita Sedang Mengalirkan Air Mata.

Kebanyakkan lelaki tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila seorang wanita menangis. Menangis adalah tanda seorang wanita sedang meluahkan apa yang dirasai. Perasaan tersebut mengandungi banyak makna. Kemungkinan sedih, gembira atau dalam keadaan marah. Seorang lelaki patut mengetahui kenapa wanita bersikap demikian. Dengan begitu, senanglah untuk mengendalikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Antara yang perlu dilakukan ketika mereka menangis adalah:



1. Dengar.

Menangis kadang kala menunjukkan perasaan hatinya. Dia menyembunyikan sesuatu yang tidak diketahui oleh anda. Jadi, tanyakan dengan nada lembut untuk mendapatkan kepastian daripada mereka. Jika mereka sedang berkata-kata, elakkan membantah atau memotong percakapan mereka. Banyakkan mendengar pada ketika ini.

2. Nasihat.

Setelah mendengar apa yang diluahkan, nasihatlah sekadarnya. Wanita sememangnya tidak suka apabila orang yang mendengar luahan tersebut banyak dia berbicara. Mereka hanya mahu difahami.

3. Pujuk.

Jika anda melakukan kesilapan, akuilah kesilapan tersebut. Merendah diri dapat menyelamatkan keadaan. Minta maaf kepada mereka atas kesalahan yang dilakukan. Kemudian pujuk mereka dengan nada yang lembut. Mudah-mudahan dengan cara itu dapat mengurangkan tangisan mereka.

4. Peluk.

Ehem. Ini untuk yang sudah berkahwin ya. Wanita sangat senang dipujuk apabila dipeluk dengan lembut. Itu adalah terapi terbaik untuk mengurangkan tangisan mereka. So, apa lagi. Sedia je bahu tu. Settle masalah. Hehe


Jadi, lepas ni tak perlulah resah gelisah apabila pasangan anda mengalirkan air mata. Gunakan teknik-teknik yang kami tampilkan ini. Mudah-mudahan berkesan. Jangan pula kau tinggal je pasangan tu. Lagilah bertambah marah si dia. Kadang kala lelaki perlu buang sifat kasar, tegas. Gunakan sifat itu pada waktu-waktu tertentu sahaja. Apabila perlu berlembut, maka gunakanlah kelembutan untuk melembutkan hati mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen