Faktor Wanita Mengalirkan Air Mata.

Wanita adalah manusia yang banyak menggunakan emosi berbanding rasional dalam membuat keputusan. Mereka mudah terkesan dengan apa-apa yang menyentuh hati. Lebih-lebih lagi apabila sesuatu perkara itu dirasai sendiri olehnya. Antara perkara yang boleh menitiskan air mata seorang wanita adalah:



1. Dikecewakan.

Wanita. Apabila sudah menyayangi seseorang, dia tidak sanggup melepaskan atau kehilangan seseorang itu. Apatahlah apabila saat dikecewakan oleh orang yang disayangi. Pedih dan kecewa dengan hal berkenaan menyebabkan mereka mengalirkan air mata.

2. Terharu.

Walaupun hal yang remeh temeh, apabila sudah terkesan di hati seorang wanita, dia akan menangis menunjukkan rasa terharu terhadap sesuatu. Mungkin kerana surprise yang dilakukan oleh pasangan, atau pencapaian luar biasa yang diperolehinya tanpa diduga-duga. Jadi, ketika ini, raikan saja mereka dengan sebaik mungkin.

3. Tertipu.

Siapa sanggup ditipu? Mungkin banyak wang dihabiskan, bahkan jiwa raga diberikan untuk orang yang disayangi. Saat tertipu, mereka rasa dikhinati. Mungkin depan orang mereka dapat menyembunyikan kesedihan tersebut. Apabila bersendirian, tangisan mereka tidak dapat dibendung lagi.

4. Prihatin.

Sifat ini adalah sifat mulia. Jika ada pada seorang wanita, ini menunjukkan dia seorang wanita yang baik dan boleh dijadikan isteri. Mudah tersentuh dengan hal kecil walaupun dengan melihat gambar, menunjukkan dia mempunyai sifat belas kasihan, suka akan keamanan dan tidak suka bermusuhan.

5. Marah.

Marah pon menangis juga? Ya! Buat wanita yang tidak biasa marah, menangis adalah cara mengekspresikan kemarahan tersebut. Kerana mereka tidak pandai untuk mengungkapkan kata-kata keji, tak suka bermasam muka. Tetapi ada kalanya, dalam keadaan emosional, marah mereka diselang selikan dengan tangisan. Mulut mengomel, barang dilempar, tangisan didengari.


Kebanyakkan lelaki akan buntu ketika wanita sedang menangis. Pelajarilah teknik-teknik yang boleh meredakan mereka saat-saat tersebut. Fahami mereka dan bukan menambah luka dihatinya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen