Kesalahan-Kesalahan Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Menjalani Satu Perhubungan Baru.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti semua orang akan merasa gembira dan bahagia apabila kembali melibatkan diri dalam satu perhubungan. Dan diharapkan juga, hubungan bersama orang baru ini akan berkekalan dan mampu membawa perubahan yang besar dalam hidup anda. Dan perubahan itu adalah perubahan ke arah kebaikan. Itu adalah impian yang diharapkan oleh mereka yang menjalinkan satu hubungan yang baru. Perasaan teruja dengan pasangan baru pasti akan kelihatan di riak muka masing-masing.



Tapi, dalam rasa bahagia menjalinkan hubungan baru, ramai yang akan melakukan kesilapan secara tidak sengaja. Kesilapan yang akan membuat hati sendiri terluka walaupun hubungan yang dibina tidak lama. Jadi, bagi menjaga jarak hubungan di peringkat awal, elakkan lima kesilapan ini.

1. Cepat memberi hati.

Semua orang tahu rasa bahagia dan gembira apabila didampingi orang yang dikasihi. Terutama orang yang akan menjadikan kita sebagai matlamat hidupnya. Tapi harus diingatkan bahawa, anda tidak perlu cepat memberi hati kepadanya. Bukan setakat hati sahaja, harapan juga elakkan. Hal ini kerana, perhubungan kalian masih baru, dan pelbagai kemungkinan akan berlaku terhadap hubungan kalian.

2. Membutakan mata anda.

Dalam perhubungan baru ini juga, tidak mustahil jika si dia sudah menunjukkan belangnya. Jadi anda jangan membutakan mata anda dengan tidak kisah apa yang dirinya lakukan. Anda harus pertahankan dan membicarakan perkara yang tidak sepatutnya si dia lakukan. Jika anda hanya mendiamkan diri demi menjaga hubungan anda. Anda telah melakukan kesalahan.

3. Tergesa-gesa.

Setiap perkara yang anda lakukan jangan terlalu tergesa-gesa. Sebagai contoh, anda membenarkan dirinya menggunakan wang anda ataupun anda memberi pinjam kepadanya sejumlah wang yang banyak. Perkara ini perlu dielakkan demi menjaga kepentingan anda. Hal ini kerana, anda masih belum tahu niat sebenar dirinya mendekati dan menjalinkan hubungan dengan anda.


4. Sentiasa ingin dekat dengannya.

Anda juga jangan memperlihatkan bahawa akan sebenarnya begitu terdesak inginkan pasangan. Kalau boleh letakkan sedikit jarak agar si dia kelihatan mengejar anda. Baru lah boleh dikatakan si dia juga mempunyai hati dan perasaan yang sama dengan anda. Jika anda yang selalu ingin dekat dengannya nanti akan timbul rasa rimas pula.

5. Memberitahu kepada ahli keluarga dan sahabat anda.

Hubungan anda dengan dirinya masih berada di peringkat awal lagi. Jadi adalah lebih baik jika tidak menghebohkan mengenai hubungan anda terlebih dahulu. Sama anda ahli keluarga anda ataupun sahabat baik anda. Ia demi mengelakkan anda malu di kemudian hari. Mana tahu tiba-tiba hubungan putus di tengah jalan.

Ketika menjalinkan hubungan dengan seseorang yang baru, anda perlu lebih berhati-hati. Ia kerana demi menjaga keselesaannya dan kepentingan anda. Hal ini disebabkan hubungan yang masih baru tidak mampu menjanjikan apa-apa lagi. Jadi langkah berhati-hati adalah lebih elok.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen