Tanda-Tanda Si Dia Hanya Memandang Rupa Paras Dan Bentuk Fizikal Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai sesuatu yang di idamkan dalam mencari pasangan mereka. Tetapi bagaimana dengan lelaki buaya darat? Atau lelaki mata keranjang? Ini adalah perkataan yang sinonim dengan lelaki yang tidak mahu menjalinkan hubungan serius dengan seorang wanita. Tapi bagaimana pula dengan lelaki yang hanya menggunakan wanita ini sebagai untuk melepaskan nafsu mereka sahaja.



Sudah pasti anda sahaja yang akan bertemu dengan mereka ini, jadi demi mengelakkan anda menjadi mangsanya. Mari kenali tanda-tanda si dia hanya mahu rupa paras dan bentuk fizikal anda.

1. Tidak merancang untuk masa depan.

Apa yang paling utama adalah, mereka ini tidak merancang masa depan mereka bersama anda. Mereka hanya menjadikan anda sebagai tempat keseronokan mereka. Dengan kata lain mereka ini tidak serius terhadap anda. Apabila anda mula berbicara mengenai masa depan kalian, si dia mula menukar topik perbualan.

2. Memuji akan rupa dan fizikal anda.

Mereka ini juga, sentiasa memuji akan kecantikan yang anda miliki. Bukan itu sahaja, anda yang memuji bentuk fizikal anda dengan nada yang tidak sepatutnya. Dan setiap kali pertemuan dengan anda, golongan ini akan mula mengeluarkan ayat-ayat manis agar anda terpaku dan tergoda dengan mereka.

3. Berbangga memiliki anda.

Golongan ini juga dikatakan akan bermegah-megah kerana memiliki anda di hadapan rakannya. Dan mereka selalu menunjuk-nunjuk anda di hadapan kenalannya. Mereka juga akan menyuruh anda untuk berhias secara berlebihan agar anda kelihatan lebih menarik.


4. Berharap anda membalas kemahuan seksualnya.

Bukan hanya itu sahaja, mereka ini juga akan memujuk dan merayu anda agar anda membalas kemahuan seksualnya. Hal ini kerana, golongan ini melihat anda menggunakan nafsunya bukan menggunakan hati yang betul-betul menyukai anda. Dan tujuan utamanya mendekati anda adalah demi memuaskan nafsunya sendiri.

5. Memikat wanita lain di hadapan anda.

Kerana tidak menyayangi anda dengan hati yang suci. Mereka ini juga suka memikat wanita lain di hadapan anda tanpa mempedulikan hati dan perasaan anda. Walaupun anda merasa kecil hati akan perbuatannya, tetapi tidak diendahkan. Malah mereka memberi ayat manis agar anda mudah lembut hati padanya.

Bagi seorang wanita, mencari pasangan itu perlu berhati-hati. Hal ini kerana, di antara ramai-ramai yang menyukai anda, pasti ada di antara mereka yang mahu mengambil kesempatan terhadap anda. jadi jangan mudah terpedaya dan anda perlu pandai menjaga diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen