Jom Ketahui 5 Perkara Tentang Cinta Sejati, Bagaimana Ibu Bapa Anda Mampu Kekalkan Hubungan Sebagai Suami Isteri.

Sangat beruntung jika anda masih mempunyai keluarga yang masih lengkap, ibu bapa dan adik beradik. Hargai lah mereka sekeluarga sementara mereka masih lagi bernafas.



Untuk belajar tentang cinta yang sebenar atau cinta sejati, cukup sekadar kita melihat bagaimana ibu bapa anda menjaga hubungan mereka. Hanya berada di rumah, kita hanya perlu menjadi pemerhati yang setia dan mendoakan kebahagiaan ibu bapa kita.

Jadi, apa yang kita boleh belajar daripada hubungan orang lama ini sehingga dapat mengekalkan hubungan mereka? Jom baca.



1. Sentiasa memberi yang terbaik kepada pasangan.

Pernah atau tidak kita melihat, saat ibu keletihan menguruskan hal rumah tangga, mengemas rumah dan memasak, pasti badan ibu kita lenguh setiap masa.

Dan bapa kita yang sudah tentu keletihan menjaga rumah dan sakit pinggang, sentiasa meluangkan masa dengan ibu kita sama ada mengurut bahu atau menyediakan minuman. Indah pemandangan kita.

2. Penghargaan.

Saat kita melihat ibu memasak dan menghidangkan makanan di meja makan, pasti bapa kita akan mengatakan “Terima kasih ibu, sedap ibu masak hari ni”

Pernah kita sebagai anak, mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghidangkan makanan kegemaran kita? Tunggu hari perayaan, ketika itu anda mahu mengucapkan kata maaf dan berterima kasih.



3. Berjiwa muda.

Anda perlu belajar, bagaimana ibu bapa kita berjiwa muda antara satu sama lain. Kadang kala mereka bergurau di dapur, kadang kala si bapa suka mengusik ibu kita.

4. Kesabaran.

Cinta sebenar atau cinta sejati bukan lah semata-mata cinta yang buta, dan hanya mengharapkan keindahan. Ia adalah kesabaran pasangan untuk menerima baik dan buruk mereka. Sering kita melihat, ibu sentiasa membebel.



Tetapi alasan mereka sentiasa sama. “Alah ayah kau tu, dengar je cakap ibu ni, senyap-senyap nanti dia buat la. Sebab kesian kan ibu, hehe”

5. Kebahagiaan.

Anda sebagai anak, kadang kala cuba berjalan di belakang ibu bapa anda ketika beriadah atau bersiar-siar. Mereka akan berpegang tangan atau sekadar mencuit-cuit lengan antara satu sama lain. Bahagia, bukan? Setelah berpuluh tahun membina mahligai, tetapi masih berjiwa romantik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen