Sifat Lelaki Sejati.

Semua wanita mengimpikan hidupnya akan bersama dengan lelaki sejati. Tetapi, apa tanda-tanda seseorang itu lelaki sejati. Handsome kah dia? Baikkah dia? Lelaki sejati itu mempunyai dua sifat dalam diri mereka.

Suatu ketika, Rasulullah s.a.w minum air yang dihidangkan oleh Aisyah. Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan minum separuh dari gelas yang disediakan. Kemudian, diberikan kepada aisyah.  Tetapi hari itu, tidak. Rasulullah s.a.w menghabiskan kesemua air itu.



Aisyah hairan dengan keadaan tersebut. Dibawanya gelas tersebut ke belakang, kemudian dia minum titisan air yang masih berbaki dalam gelas tersebut. Saat dia merasa air itu, ternyata air yang diminum Rasulullah s.a.w adalah air masin.

Kemungkinan semasa menyediakan minuman tersebut, Aisyah tersalah meletakkan garam dalam air tersebut. Bukan gula. Saat itu membuatkan Aisyah terharu dan menangis. Rasulullah s.a.w langsung tidak meluahkan rasa marah kepada Aisyah, bahkan sanggup menghabiskan air tersebut untuk menjaga hati Aisyah.


Begitulah sifat lelaki sejati. “yang masin itu ditelan sendiri, yang manis dikongsi bersama.” Ehem. Tapi dalam bab poligami, tidak ya. Hehe marah orang perempuan.

Jika anda bersama dengan lelaki begini atau terjumpa dengan lelaki yang mempunyai kerekter begini, maka beruntunglah. Jangan sesekali lepaskan mereka atau mengecewakannya. Kerana pastinya dia akan membahagiakan anda walaupun dia dalam keadaan susah. Sanggup berkorban apa sahaja demi anda.

Lelaki sejati akan menjaga anda sebaik mungkin. Bukan mencemari anda dengan perbuatan yang tidak sepatutnya. Membahagiakan anda dengan cara yang benar dan halal. Apa yang anda mahukan, dia akan sediakan mengikut kemampuannya. Itu baru lelaki sejati. Bukan pandai mengayat saja. Dah dapat, tinggal.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen